Sudah semestinya anda masih ingat dengan kisah bayi berusia 9 bulan yang diterbangkan ke London, Ainul Mardhiah, untuk menjalani menjalani pembedahan bukan? Pembedahan pada tanggal 25 Mei 2019 yang mengambil masa selama 5 jam bagi mengeluarkan tumor seberat 200g pada mulutnya yang dikenali sebagai germ cell tumour ini mendapat doa dan sokongan rakyat Malaysia sehingga kini.

Mesti ramai dalam kalangan anda yang masih mengikuti perkembangan adik Ainul di laman media sosial kan?

Artikel berkaitan: “Ramai Doktor Kiriman Allah Di Sebalik Pembedahan”- Ayah Ainul Mardhiah Ucap Terima Kasih

GAMBAR TERBAHARU, DAH TUMBUH GIGI!

Terbaru, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memuat naik beberapa gambar terbaru anaknya yang berusia 17 bulan itu bagi tatapan pengikutnya di Instagram. Apa yang menarik perhatian ramai adalah adik Ainul dah tumbuh dua batang gigi!

Yay saya dah ada dua batang gigi! Ini pun tengah gatal lagi gusi ni.

Kedua-dua posting tersebut menerima banyak komen orang ramai yang rata-rata mengakui bayi berkenaan nampak sihat dan montel selain memuji kecomelan pipinya yang semakin gebu.

Rambut ainul kalau tak pakai minyak rambut. Entah ikut siapa lah rambut dia ni.

“DAH TEMBAM DAH DIA”

Bukan itu sahaja, posting gambar tersebut mendapat reaksi yang sangat positif dari orang ramai. Ramai yang mengatakan termasuklah Dr. Amalina Che Bakri bahawa adik Ainul kelihatan makin sihat dan tembam!

*Semoga adik Ainul terus sihat dan membesar jadi anak yang solehah ya.

Sumber : Ahmad Safiuddin 

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau