“Alamak, macam mana nak bersihkan microwave ni! Nanti kalau bersih guna sabun, melekat pula bau sabun tu..”

Microwave atau oven sepatutnya perlu dibersihkan supaya ia tak nampak hitam akibat sisa-sisa makanan dan juga akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Tapi, ramai yang tak tahu cara mudah dan berkesan untuk bersihkan dan wangikan microwave supaya tak rosak dan bau sabun melekat pada microwave itu. Untuk bersihkan microwave dari sisa-sisa tersebut memang mudah dengan hanya perlukan sebiji lemon dan air ia akan kelihatan baru dan wangi!

TIPS BERSIHKAN DAN WANGIKAN MICROWAVE

Sebelum bersihkan.

1.Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja

2.Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut.

3.Masukkan dalam microwave.

AMBIL MASA KURANG 10 MINIT SAHAJA

4.On kan selama 5 minit.

5.Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave).

LAP GUNAKAN KAIN BERSIH

Selepas dibersihkan. Lebih bersih!

6.Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.

Siap! Senang dan cepat kan? Nota kaki: Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga. Belajar sesuatu?

Sumber: Salinda Sopian

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau