[TERKINI] Sekolah Bakal Dibuka Untuk Semua Murid Bermula 15 Julai 2020

Limited Time!







Jika sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan tempoh sesuai untuk membuka semula sekolah. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, ibu bapa akan dimaklumkan dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka bagi membolehkan persiapan dilakukan.

SEKOLAH AKAN MULA DIBUKA PADA 15 JULAI 2020

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka semula untuk pelajar bermula 15 Julai 2020. Bagi pelajar sekolah menengah dan murid Darjah 5 &6  selain dari menduduki peperiksaan awam akan bermula pada Rabu, 15 Julai. Manakala, murid Darjah 1-4 akan kembali ke sekolah pada 20 Julai 2020. Pembukaan sekolah ini juga perlu dilakukan dengan standard operasi yang berbeza. Ini juha terbahagi kepada tiga model operasi yang baharu iaitu:

Model satu sesi- Sekolah yang mempunyai ruang atau bilik darjah yang boleh menempatkan semua murid

Model dua sisi- Sekolah sedia ada yang telah operasi secara dua sesi

Model ketiga- model penggiliran, sekolah yang mempunyai ruang mencukupi. Sekolah yang terletak dalam kepadatan penduduk yang tinggi.

PELAJAR ASRAMA JUGA BOLEH PULANG KE SEKOLAH

Pelajar Tingkatan 5 & 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari maka pelajar Tingkatan 1 dan selainya boleh hadir secara bergilir-gilir. Ini bergantung kepada sistem penggiliran dari pihak sekolah itu sendiri. Bukan itu sahaja, untuk pelajar yang akan pulang ke asrama pula, dibahagikan kepada kapasiti asrama tersebut.

Sebelum ini sekolah telah ditutup selama hampir 4 bulan dan melibatkan hampir 7 juta pelajar. Menurutnya, kaedah pembelajaran yang digunakan secara onlie atau home based learning agak terhad jika dibandingkan pembelajaran secara bersemuka.

Selari dengan pembukaan sekolah untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti SPM dan STPM pada 24 Jun lalu, hari ini juga merupakan hari pertama pembukaan tadika, taska dan pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh Malaysia mengikut SOP yang ditetapkan.











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


sixteen − ten =