Sokongan moral petugas barisan hadapan

Limited Time!

SEBANYAK 1,200 tin minuman diagihkan kepada petugas baris hadapan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Permai.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, sumbangan itu adalah bagi menaikkan moral dan memberi memberi sokongan kepada petugas di hospital berkenaan.

Katanya, selain minuman, turut diedarkan makan tengah hari serta topeng muka.

“Kita mesti memberi sokongan moral kepada petugas hospital kerana mereka sudah bertugas dalam jangka masa lama ketika negara dilanda wabak Covid-19.

“Sumbangan ini diharap dapat menyuntik semangat mereka. Ia buka pemberian one off tetapi kami akan menghantar secara berterusan,” katanya ketika ditemui di Pusat Bank Darah HSA, di sini, hari ini.

Menurut bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah HSA itu, setiap ahli masyarakat perlu bersatu hati ketika masa sukar ini.

“Kita tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak. Ketika ini bersatu hati adalah pilihan terbaik. Kita bukan lawan orang tetapi kita sedang berdepan dengan virus yang boleh membunuh,” katanya.

All copyrights for this article are reserved to covid19

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


four × two =