Rumah tangga yang dibina selama lima tahun, akhirnya pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan hubungan dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai secara rasmi sejak Mei 2020 lalu dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac.

Sharifah Sakinah Bercerai

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, tersebar kisah Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekali gus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya.”

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka- teki dan persoalan berbangkit.

Semoga memberi manfaat.

All copyrights for this article are reserved to Sentiasa Panas