“Pedih dan kering pula mata ni, nak beli jap ubat titis mata tu…”

Penggunaan ubat titis mata atau eye drop merupakan perkara normal. Namun, disebalik kepada normalnya penggunaan ubat titis mata ini, ramai yang masih tidak tahu bahawa kandungan ubat titis mata ini adalah berbeza dan mungkin tidak sesuai untuk anda. Jadi, doktor ini mengambil langkah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang penggunaan eye drop supaya mata anda pun kekal sihat dan terhindar dari jangkitan kuman.

SELAMATKAH UBAT TITIS MATA ANDA?

Penting untuk anda ambil tahu adalah tempoh mati atau expired date ubat titis mata tersebut. Hal ini kerana masih ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa ubat mata juga mempunyai tarikh tamat tempoh.

BOLEH SEBABKAN BUTA JIKA TAK TANYA DOKTOR?

Pernah tak mata anda mengalami kegatalan dan kemerah-merahan? Kalau pernah, amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui jenis ubat mata yang sesuai. Amat bahaya untuk anda membeli ubat titis mata mengikut kepada pengetahuan sendiri.

Sumber : Dr. Lael Salim

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau