Saringan Suhu Badan Hanya Di Pintu Masuk Premis Perniagaan- MKN

Limited Time!

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian non-kesihatan memaklumkan bahawa pemeriksaan suhu badan ketika berkunjung ke pusat membeli-belah hanya perlu dilakukan di pintu masuk sahaja.

REKOD PERIBADI TETAP DIAMBIL

Langkah ini diambil apabila ramai pelanggan menyuarakan pendapat bahawa SOP masuk ke premis perniagaan perlu dikaji semula. Namun, diingatkan bahawa walaupun pengesanan suhu hanya dibuat di pintu masuk premis perniagaan, rekod peribadi pelanggan juga perlu diambil seperti biasa.

“Walaubagaimanapun, rekod peribadi seperti nombor telefon dan nama perlu juga diberikan kepada setiap kedai yang dikunjungi’

Menurutnya, rekod peribadi tersebut boleh diberikan sama ada melalui manual ataupun menggunakan aplikasi MySejahtera atau Selangkah.

Hal ini supaya dapat memudahkan proses ‘contact tracing’ dimana berbeza dengan pemeriksaan suhu. Proses ini bertujuan untuk mengenalpasti lokasi yang dikunjungi oleh pelanggan.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


one × five =