Setiap orang mempunyai masalahnya sendiri terutamanya masalah dari segi kewangan. Tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mencuri. Banyak lagi cara lain (yang baik) boleh dilakukan untuk mencari wang. Paling tidak pun, memintalah sekiranya tidak berkemampuan.sajagempak.com - Sampai Penuh Troli! Wanita Dan Anak Ditangkap Curi Banyak Barang Dan Disembunyikan Dalam Seluar

Viral di media sosial baru-baru ini video seorang wanita dan anaknya ditahan oleh pihak pasar raya selepas didapati mencuri banyak barangan premis itu yang dianggarkan berjumlah RM300.


Lebih mengejutkannya, banyak barangan yang disumbat dalam seluarnya. Perbuatannya ini turut dilakukan bersama dengan anak lelakinya.

Pihak pasar raya: “RM300 ni. Keluarkan! Keluarkan! Semua barang keluarkan! Wo tengok, walauwei! Jahat betul aa. Tengok, ini Doraemon punya pocket ini. Banyak ini, bukan sikit. Satu troli. Walauwei! Apa lagi barang, semua keluarkan! Memang kalau ini lepas, memang sedap!”

Makcik: “Saya janji takkan buat lagi”

Pihak pasar raya:” “Janji, janji apa?!”

Makcik: “Demi nama Allah saya janji.”

Pihak pasar raya: “Demi apa lagi, sudah biasa…”

sajagempak.com - Sampai Penuh Troli! Wanita Dan Anak Ditangkap Curi Banyak Barang Dan Disembunyikan Dalam Seluar

Berdasarkan video itu, barang-barang yang dicuri adalah seperti gel mandian, ubat gigi, tin sardin, tin sotong, deodorant, syampu dan banyak lagi.

Kebanyakan barangan yang dicuri itu disorokkan di dalam seluar, menimbulkan persoalan netizen apakah jenis seluar yang dipakai oleh wanita itu sehingga mampu menyumbat segala jenis barangan berkenaan.


Sekarang ni aku nak tanya kenapa sanggup simpan bertin – tin sardin dalam seluar macam ni?

All copyrights for this article are reserved to SajaGempak