SEMUA stesen minyak di Sabah hanya dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga 2 petang berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, langkah berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Sabah Covid-19 Command Centre, hari ini.

“Langkah ini bagi menangani penularan Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

“Bagaimanapun, masa operasi tambahan 2 hingga 6 petang dibenarkan khusus untuk pembekalan petrol dan diesel kepada kenderaan yang membawa barangan keperluan atau untuk operasi perkhidmatan penting saja.

“Selain itu, hasil laporan mendapati terdapat kekeliruan berkaitan pengangkutan dan pergerakan barangan keperluan dan perkhidmatan penting.

“Kita ingin menjelaskan pengangkutan yang membawa barangan keperluan harian termasuklah makanan, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, dan seumpamanya antara daerah adalah dibenarkan serta tiada sekatan,” katanya melalui kenyataan media di Kota Kinabalu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • All copyrights for this article are reserved to covid19