“Ish mengidam betul nak makan ayam penyet macam kat kedai Indonesia tu. Sekarang ni musim wabak rasa risau pulak nak makan luar. Nak cuba resepi sambal penyet sendiri dekat rumahlah.”

Makanan Indonesia memang kena dengan tekak orang Malaysia terutamanya bab-bab sambal ni kan?

Kita ni pulak memang sejenis yang sambal tu ‘wajib’ ada atas meja.

Jadi, apa kata kita cuba resepi sambal penyet ala Indonesia yang dikongsikan oleh saudari Juwita Afifah.

Nak tahu apa yang specialnya resepi sambal penyet ni?

Katanya beliau dah cuba macam-macam resepi sambal penyet sejak zaman bujang lagi sebab peminat tegar makanan Indonesia ni, terutamanya nasi ayam penyetlah!

Tapi semua resepi tu macam ada yang tak kena. So, memang tak puas hati selagi tak sama macam kedai favourite.

Pencarian resepi sambal penyet pun diteruskan sampailah terjumpa satu resepi yang agak ‘pelik’. Kenapa?

Sebab resepi ni langsung tak letak bawang merah!

Mula-mula macam risau juga sebab takut tak sedap sebab kebanyakan resepi yang jumpa semuanya bubuh bawang banyak-banyak kan?

Tapi rupa-rupanya resepi sambal penyet ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat, memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah.

Jadi apa tunggu lagi, jom tengok resepi sambal penyet yang special sangat tu!

Resepi Sambal Penyet Paling Mudah & Layan Habis. Sebijik Macam Restoran Indonesia

Resepi sambal penyet yang saya nak kongsikan ni mudah saja.

Di sini saya senaraikan bahan-bahannya yang ringkas sangat.

Bahan-bahan

  • Tomato (belah 4)
  • Cili besar
  • Cili padi
  • Belacan
  • Ikan bilis (segenggam)
  • Minyak masak

NOTA:

Bahan-bahan ni tak ada sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita.

Kalau nak sedap, boleh lebihkan tomato. Nak pedas, boleh lebihkan cili padi. Nak lagi merah, lebihkan cili besar. Macam tulah lebih kurang.

[Baca juga : Cara Buat Serbuk Perasa Homemade Untuk Masakan. Bebas MSG, Lebih Sihat & Sedap! ]

Cara-cara

1. Goreng Bilis

Mula-mula goreng ikan bilis dengan sedikit minyak hingga garing.

2. Masukkan Tomato & Bahan Lain

Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.

Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.

Goreng sehingga layu.

Resepi sambal penyet

3. Biar Sejuk

Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.

4. Kisar

Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender.

Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper atau tumbuk guna lesung batu.

Saya punya ni saya guna hand blender.

Resepi sambal ayam penyet

5. Masak Semula

Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.

Masak sehingga kering air dan pecah minyak.

resepi sambal penyet

6. Perasakan

Akhi sekali letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.

Siap!

Resepi sambal ayam penyet

Dah siap tu bolehlah hidang dengan ayam penyet. Atau keli goreng atau apa-apa ikan goreng. Ikut suka tekak masing-masinglah ye.

Resepi sambal ayam penyet

Makan dengan nasi goreng atau tambah dengan nasi putih je pun dah sedap.

Rupanya Tak Pakai Bawang Pun Sedap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang confirm bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah.

Tak sangka tak pakai bawang pun sedap kan? Maklumlah orang Malaysia ni kalau boleh segala jenis masakan mesti pakai bawang.

Sebabnya bawang ni dah macam satu ‘kewajipan’ dalam semua resepi sambal-sambal ni.

So kalau nak tahu rasa sedap dan ‘power’ tu macam mana kenalah cuba tau…

[Baca juga : Resepi Original Bakso Bebola Daging Macam Di Indonesia, Mesti Licin Mangkuk! ]

Selamat mencuba semua.

*Resepi sambal penyet ini dikongsikan oleh Juwita Afifah menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi, sila rujuk posting asal beliau di SINI.











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau