Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DoctorOnCall telah melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak COVID-19.

Portal ini merupakan inisiatif pihak kerajaan yang pertama seumpamanya di rantau ini dan disediakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Portal ini boleh diakses dimana sahaja, setiap hari, dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang melalui laman sesawang berikut:

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan (Klik butang tanya doktor)

atau

https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus

Sekiranya terdapat sejarah perjalanan, orang awam dipohon untuk tidak terus pergi ke fasiliti kerajaan. Namun, disarankan agar mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu melalui virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline.

CPRC hotline boleh dihubungi di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapat khidmat nasihat.

PERINGATAN

Sila hubungi 999 untuk kecemasan. Platform ini TIDAK menguruskan kes kecemasan.

Talian/laman ini khusus untuk mendapatkan khidmat nasihat gejala jangkitan Novel Coronavirus sahaja.

Untuk pertanyaan bagi masalah lain, sila rujuk ke fasiliti kesihatan terdekat anda.

Khidmat Nasihat Virtual dengan doktor KKM adalah PERCUMA melalui laman portal doctoroncall.com.my.

Berikut disertakan antara maklumat asas tentang COVID-19 yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia buat pengetahuan bersama.

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita berdoa agar rakyat Malaysia dapat mengatasi wabak ini.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau