Resepi sagu sumsum ni memang unik. Selalunya kita tengok orang buat bubur sumsum atau sagu gula Melaka je kan. Pernah tak cuba gabungkan kedua-dua ni…?

Inilah keistimewaan resepi sagu sumsum yang korang kena cuba. Menurut penyumbang resepi ini iaitu Maizatul Nur Mahmud, kedua-dua manisan ni memang dah jadi favourite mereka sekeluarga.

Tak sangka bila dah gabungkan dua-dua ni memang ‘meletop’ hasilnya!

Jadi, apa tunggu lagi.

Jom kita cuba resepi sagu sumsum oleh beliau yang cukup mudah dan simple. Insha Allah semua orang boleh buat hari ni jugak!

Resepi Sagu Sumsum Paling Mudah & Sedap

Bahan-bahan

A. Untuk Sagu:

  • 3 cwn sagu
  • 10 cawan air
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan

B. Untuk Sumsum:

  • 3 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung jagung
  • 15 cwn air
  • 2 kotak kecil santan
  • Daun pandan
  • Garam

C. Untuk Air Gula:

  • Air
  • Gula melaka
  • Gula merah
  • Daun pandan

Cara-cara

A. Untuk Sagu:

  1. Mula-mula masukkan air dan daun pandan ke dalam periuk. Didihkan air. (Penting! Jangan masukkan sagu dulu sebelum air mendidih sebab nanti sagu jadi berketul-ketul dan melekat).
  2. Lalukan air pada sagu dulu.
  3. Kemudian masukkan sagu ke dalam air yang mendidih tadi. Titiskan pewarna. Ikutlah nak warna apa pun. Kalau beli sagu yang dah ada color, tak payah letak pewarna lagi ya.
  4. Kacau dengan penuh kesabaran. Tutup periuk dengan penutup periuk. Sesekali tu kacau ya supaya sagu tak hangus, terbentuk elok dan tak melekat.
  5. Kalau semua sagu jadi warna jernih maksudnya sagu tu dah masak sepenuhnya.
  6. Bila dah masak tu bolehlah tuang ke dalam bekas. Jangan penuh sangat sebab nak tinggalkan ruang untuk sumsum pulak nanti.

B. Untuk Sumsum:

  1. Didihkan 10 cawan air bersama daun pandan.
  2. Bancuh tepung beras + tepung jagung dengan 5 cawan air.
  3. Masukkan bancuhan tepung ke dalam air mendidih sambil kacau-kacau.
  4. Masukkan garam. Bagi rasa lemak-lemak masin.
  5. Kacau dengan penuh kesabaran sehingga masak. Nanti dia ada letusan-letusan tau. Jadi pandai-pandailah ye nak selamatkan tangan.
  6. Bila tepung nampak macam berkilat-kilat, tanda dah masak la tu. Tak pun, rasalah tepung tu. Kalau rasa mentah lagi, teruskan mengacau.
  7. Masukkan 2 kotak santan. Kacau sampai masak. Bila dah masuk santan, jangan lama-lama sangat atas api.
  8. Bila dah masak, tuang dalam bekas yang dah ada sagu tadi. Tuang atas lapisan sagu. Biarkan sejuk.

C. Untuk Air Gula:

  1. Masuk semua bahan dalam periuk, masak sehingga mendidih
  2. Kalau nak pekat, tambahkan sikit tepung jagung
  3. Tapis ke dalam bekas berasingan.
  4. Siap. Nanti bila nak makan baru ambil dan makan dengan sagu sumsum tadi.

Inilah Hasilnya…

Bila dah siap, kita hidanglah.

Macam nilah hasilnya resepi sagu sumsum tu.

Resepi sagu sumsum

Nampak sedap kan…

Ada yang terliur tak?

Resepi sagu sumsum

Mudah sangat nak resepi sagu sumsum ni kan?

Rugi tak cuba tau.

Buat minum petang memang marvelous, rasa lemak-lemak manis confirm nak repeat lagi.

Buat untuk majlis-majlis pun memang sesuai. Guna bahan-bahan semuanya yang senang dapat dan memang dah ada pun dekat rumah.

Ok semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

*Resepi sagu sumsum ini dikongsikan oleh Maizatul Nur Ahmad menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh rujuk posting asal beliau di SINI.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau