Kadang-kadang tu buntu juga nak masak apa untuk sarapan.

Naik jemu makan roti canai dan nasi lemak setiap hari kan?

Sesekali pekena lempeng cicah sambal atau kari pun seronok juga…

Boleh buat guna lebihan nasi semalam je. Taklah membazir. Sesuai juga dibuat sahur sebab memang ekspres. Kejap je dah siap.

Jadi, jom kita tengok resepi lempeng nasi yang dikongsikan oleh Puan Bueimah Paimen ini.

Resepi lempeng nasi

Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah, Lembut & Sedap

Lempeng nasi dengan sambal tumis permintaan cucu. Lama tak makan lempeng dengan sambal ibu nenek, katanya.

Yang berhajat nak mencuba, saya sertakan resepinya di sini.

Resepinya saya ambil dari blog chef Che Mat Gebu. Memang mudah sangat.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak (boleh juga guna minyak zaitun)
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

Cara-cara

1. Kisar Nasi

Mula-mula, gunakan blender untuk kisar nasi tadi bersama air.

2. Campurkan Bahan Lain

Kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati.

Keluarkan dari blender dan masukkan dalam satu bekas. Biarkan sekejap.

3. Masak Atas Kuali

Sementara tu, panaskan kuali leper dan lenser dengan sedikit minyak.

Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah-tengah kuali.

Nak dapatkan bentuk yang cantik, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri.

4. Terbalikkan & Angkat

Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat.

Bila permukaan dia dah nampak berlubang-lubang, terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan.

Agak-agak dah masak kedua-dua belah tu, terus angkat.

Lepas tu ulang kaedah sama untuk baki adunan tadi sampailah habis.

Dah Siap!

Boleh hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Mudah kan?

Selamat mencuba.

*Resepi lempeng nasi ini dikongsikan oleh Puan Bueimah Paimen menerusi Facebook. Sebarang pertanyaan berkaitan resepi boleh dirujuk pada post asal beliau di SINI.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau