Sesekali tu buntu juga fikir nak masak apa kan?

Nak-nak pula kalau tiba-tiba tetamu datang mengejut. Asyik buat mee goreng atau bihun pun kadang-kadang jemu juga.

Apa kata kita cuba resepi laksa yang dikongsikan oleh Cah Cicah menerusi Facebook ni.

Memang mudah, sedap dan cepat! Guna sardin dalam tin je untuk kuahnya. Special sangat!

Resepi Laksa Ekspres Guna Sardin Dalam Tin. Mudah & Sedap!

Menurut Cah Cicah, inilah menu yang akan dijamu pada tetamu.

Jom tengok bahan dan cara membuatnya untuk 3 atau 4 orang makan.

Bahan-bahan

  • 1 Tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)
  • Asam keping
  • 3 sudu Cili boh (ikutlah nak pedas mana)
  • Daun Kesum


    Belacan(kalau suka)
  • Sos Ikan sikit bagi naikkan rasa
  • Garam secukup rasa
  • Laksa basah

Cara-cara

1. Lenyekkan Ikan Sardin

Mula-mula, lenyekkan ikan sardin tu dengan sos dia.

Boleh hancurkan guna garfu / sudu atau kalau nak pakai blender pun boleh.

Resepi laks

2. Tumis

Kemudian, tumis cili boh dan asam keping.

3. Masukkan Ikan Sardin

Seyerusnya masukkan ikan sardin yang dah dilenyek. Gaul sebati.

Kemudian masukkan pula daun kesum.

4. Tunggu Hingga Masak

Tambahkan air lagi.

Saya sukat air ikut tin dia tu. Saya letak 3 atau 4 tin air sebab nak kuah pekat. Kalau suka kuaj cair bolehlah lebihkan sikit kuahnya.

Biar masak selama 20-25 minit.

Siap!

5. Makan Dengan Laksa

Bila dah siap kuahnya tadi, bolehlah terus makan dengan laksa basah.

Masa nak hidang, letak limau kasturi di atasnya.

Nak guna laksa kering pun boleh, tapi kena rebus dulu.

Rasa kuah ni macam asam laksa setelah diperah limau kasturi.

Selamat Mencuba!

Mudah kan? Bolehlah cuba lain kali. Standby je sardin dekat rumah.

Sesekali ubah selera, menarik juga.

*Resepi laksa ekspres ini disumbangkan oleh Cah Cicah menerusi Facebook. Ia telah diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan mengenai resepi boleh diajukan pada post asal beliau di SINI.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau