Sepanjang berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan, kita boleh lihat lambakan resepi baru yang muncul dipelbagai platform media sosial. Resepi yang dikongsi bukanlah makanan yang susah untuk diperoleh tetapi dengan PKP ini berlangsung, semuanya terhad untuk membeli. Resepi makanan yang sering dikongsi selalunya makanan yang sering dijual dikedai kedai.

Seperti perkongsian oleh Elsie Liza Lah di laman facebook ini, resepi mochi kaum Cina yang dikongsinya ini diperolehnya hanya berpandukan kuih yang dibelinya di kedai. Lo Mai Chi merupakan nama asal kuih ini merupakan sejenis kuih Cina yang sering kita lihat. Resepi untuk membuat kuih ini amatlah mudah dan ringkas sesuai buat mereka yang tidak menyukai sesuatu yang rumit.

Resepi Mochi Kaum Cina

Bahan-bahan yang diperlukan

1.Tepung pulut setengah peket (boleh dapat dalam 15 biji)

2.Kacang tanah yang sudah digoreng + Gula (haruslah ditumbuk atau dikisar)

Cara Cara Memasak Mochi

1.Uli tepung pulut dengan air, tambah secubit garam. (Sukatan air tambah sedikit sedikit sampai jadi doh yang tidak melekat ditangan)

2.Bentukkan bulat bulat, leperkan dan masukkan inti didalam dan bentukkan

3.Panaskan air untuk merebus doh yang telah dibentuk (Kaedah sama seperti buat kuih buah melaka)

4.Masukkan mochi yang sudah berinti dan rebus sehingga ia terapung. Kalau anda buat ianya tebal, biarkan lama sedikit direbus

5.Tunggu sehingga sejuk dan disalut dengan tepung pulut secara nipis supaya tidak melekat dan ianya siap untuk di makan.

Itu dia resipi yang mudah, ringkas dan cepat untuk disiapkan sesuai buat makan pagi juga minum petang. Selamat mencuba!

Sumber : Elsie Liza Lah

                                                                                                                    
                                        
                                                                                                <p><img src="https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/12/siraplimau-logo-transp-bg.png"></img></p>
                                        
                                    
                                                                                
                                                                                                                    






All copyrights for this article are reserved to SirapLimau