Kalau korang salah seorang peminat makanan Jepun atau selalu pergi ke Sushi King, korang mesti dah kenal sangat dengan kacang edamame ni kan?

Kacang edamame atau kacang bulu ini biasanya dijadikan hidangan snek lazat di restoran-restoran Jepun kerana keunikan rasanya yang rangup dan berlemak.

Tapi jangan terkejut sebab di Malaysia juga ada yang mula mengusahakan kacang bulu atau edamame ini.

Menurut Medical News Today, kacang edamame mengandungi protein, serat, karbohidrat, berbagai asid amino serta sumber yang baik.

Selain itu, kacang edamame ini turut mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, besi, riboflavin, vitamin C, dan beberapa jenis vitamin lain.

Jom singkap khasiat edamame serta manfaatnya untuk kesihatan tubuh di sebalik rasanya yang luarbiasa sedap!

7 Khasiat Edamame / Kacang Bulu Untuk Kesihatan

1. Membantu Kulit Awet Muda

Salah satu khasiat edamame terletak pada kandungan antioksidannya yang tinggi dan dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan sekaligus memperbaiki kerosakan pada kulit.

Menurut HonestDocs, edamame juga mengandung isoflavon yang dapat membantu menguruskan perubahan kulit yang berlaku pada wanita selepas menopaus.

cara atasi kulit kering

Foto Kredit: enkivillage.com

2. Membekalkan Tenaga

Edamame adalah sumber protein dan zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutamanya bagi yang cenderung mengalami anemia.

Edamame, seperti juga bayam dan kekacang adalah alternatif yang baik bagi mereka yang kurang sukakan daging.

Ia juga sedap dimakan sebagai snek. Ibu mengandung yang kurang HB bolehlah cuba makan edamame untuk naikkan bacaan HB ya?

Foto Kredit: sumedico.com

3. Meningkatkan Sistem Imuniti

Oleh kerana edamame mengandungi pelbagai sumber mineral, vitamin dan antioksidan, ia secara tidak langsung dapat membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh.

Seperti yang kita tahu, sistem imuniti yang baik dapat menjamin kesihatan kerana ia berfungsi untuk melindungi diri daripada jangkitan penyakit.

Isteri sakit demam panas

4. Bagus Untuk Diet

Jika dibandingkan dengan jenis kekacang lain, kacang edamame adalah antara yang memiliki kandungan protein  paling tinggi, iaitu 36% lebih banyak yang lain.

Selain itu, kandungan lemaknya juga rendah dan sesuai dijadikan snek sihat.

Sebuah kajian oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health mendapati 47 gram protein kacang edamame mampu menurunkan kadar kolesterol sebesar 9.3% dan LDL (kolesterol jahat) sebanyak 12.9%.

Ia juga baik untuk pencernaan dan dapat melancarkan penghadaman.

Foto Kredit: medicalnewstoday.com

5. Meningkatkan Mood, Mengelak Depresi

Kacang bulu atau edamame mengandungi folat yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan DNA dan untuk


pembahagian sel yang sempurna.

Menurut VeryWellMind, edamame tergolong antara makanan yang dapat meningkatkan mood kita supaya berasa lebih tenang dan gembira.

Malah, terdapat kajian menunjukkan bahawa pengambilan folat yang mencukupi dapat membantu mencegah kemurungan dengan menghentikan terlalu banyak zat yang disebut homocysteine ​​daripada terbentuk di dalam badan.

cara berpantang selepas keguguran

Foto Kredit: thebump.com

6. Mencegah Osteoporosis & Simptom Menopaus

Osteoporosis adalah keadaan tulang rapuh dan berisiko tinggi akan patah.

Kaum wanita perlu lebih alert kerana wanita lebih berisiko terhadap osteoporosis.

Kenapa?

Penyebab pertama adalah kerana wanita memiliki kepadatan tulang yang lebih rendah jika dibandingkan dengan lelaki.

Penyebab kedua adalah hormon estrogen yang salah satu fungsinya adalah untuk melindungi tulang akan menurun produksinya ketika wanita mencapai tahap menopaus.

Beberapa kajian mendapati bahawa mengamalkan produk soya secara berkala, yang kaya dengan isoflavon, seperti kacang edamame dapat menurunkan risiko osteoporosis pada wanita pasca-menopaus.

tanda kekurangan kalsium

7. Meningkatkan Kesuburan

Kandungan zat besi dan protein dari sumber tanaman seperti kacang bulu, bayam, kacang, labu, tomato, dan bit dapat meningkatkan kesuburan atau menurunkan risiko gangguan ovulasi.

Kacang bulu adalah sumber zat besi, folat, dan protein berasaskan tumbuhan yang baik.

Ada kajian pada tahun 2018 yang menunjukkan hubungan yang jelas antara kesuburan dan pengambilan asid folik berdasarkan makanan berasaskan tumbuhan yang tinggi.

[ Baca juga : Banyakkan Ambil 7 Sumber Makanan Ini Untuk Meningkatkan Kesuburan ]

petua kulit licin

Foto Kredit: lifehack.org

8. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Barah prostat adalah jenis barah kedua yang paling banyak melanda kaum lelaki, di mana dianggarkan kira-kira satu daripada tujuh lelaki mengalami kanser prostat.

Kajian menunjukkan bahawa makanan daripada sumber soya, seperti kacang bulu / edamame, mungkin boleh melindungi daripada kanser prostat.

Beberapa kajian lain turut menunjukkan bahawa produk soya dapat mengurangkan risiko kanser prostat sehingga 30%.

 

Sedap & Kaya Khasiat!

Wah, tak sangka kan begitu banyak khasiat edamame di sebalik rasanya yang lemak dan rangup.

Bagi yang tak pernah cuba, bolehlah try. Dekat Tesco atau pasar raya besar biasanya ada jual pek yang frozen.

Ia boleh dimakan sebagai salad, disalut dengan cili / perasa masakan / atau sekadar direbus dan dihidangkan begitu saja.

Bukan saja sedap tapi amat berkhasiat tau!











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau