PESAKIT YANG DISAHKAN 2019-nCoV DI HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI, TELAH DIBENARKAN PULANG

Pada 29 Januari 2020, satu (1) kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara China telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini, sampel klinikal telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut.

Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua (2) kali ini, telah didapati negatif. Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang.

Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China. Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang.

(Kebenaran telah diberikan oleh keluarga untuk penerbitan)

*Sumber: KENYATAAN AKHBAR


KETUA PENGARAH KESIHATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


4 Februari 2020 @ 10.50pm

All copyrights for this article are reserved to Sirap Limau