Terbaharu, pengajaran subjek Matematik dan Sains akan diajar semula dalam bahasa Inggeris, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pemangku Menteri Pendidikan itu berkata penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan dalam bahasa itu dalam sistem pendidikan di negara ini perlu digalakkan.

PENTING PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS KERANA BUKAN ‘ILMU DARI KITA’

Beliau mengulas lanjut dengan mengatakan bahawa amat penting untuk mengembalikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek khususnya Sains dan Matematik.

Hal ini adalah kerana dua subjek ini merupakan bukan bidang pengetahuan asli kita kerana banyak info yang datang dari luar negara. Tidak seperti subjek Geografi dan Sejarah yang lebih lokal sifatnya.

“Georgrafi dan Sejarah boleh diajar dalam mana-mana bahasa tetapi Matematik dan Sains bukan bidang pengetahuan asli (kepada kita). Ia berasal dari luar negara.Dan kebanyakannya datang kepada kita dalam bahasa Inggeris, maka kita akan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat khas dengan pegawai pengurusan Kementerian Pendidikan pada Khamis. Satu video mengenai perkara itu kemudian dimuatnaik di media sosial.

“Of course my views are not always popular or acceptable to many people but I feel we have to push certain things so that our children grow up & able to tackle the problems of adult life – that is the purpose of education.” Special Meeting with @KemPendidikan Management Officials pic.twitter.com/AY4twm9gs3

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 31, 2020

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (atau lebih dikenali dengan singkatan PPSMI) diperkenalkan dalam fasa, bermula dengan tahun Satu, pelajar Tingkatan 1 dn Rendah Enam pada 2003 dibawah kepimpinan pertama Dr Mahathir sebagai perdana Menteri. Namun ia dimansuhkan pada 2013. Dr Mahathir berkata negara dan rakyat mahu melihat pembaharuan dalam sistem pendidikan.

Sumber : MStar

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau