Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, melibatkan kira-kira tiga juta isi rumah dipilih bagi mengisi bancian melalui e-Census, merangkumi mereka yang tinggal di kawasan ketersambungan tinggi dan mempunyai capaian internet, memandangkan kemudahan itu penting bagi mengisi maklumat.

e-Census Banci Penduduk 2020

Setelah mendapat kelulusan kerajaan pada tahun 2017 bagi melaksanakan Banci 2020 dan memenuhi Akta Banci 1960 (disemak 1969), penyenaraian dan gerak kerja oleh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dilakukan di setiap negeri bagi mengemas kini senarai rumah di seluruh Malaysia, termasuk kawasan kediaman baharu.

Hasil daripada gerak kerja itu, sejumlah sembilan juta kediaman disenaraikan, termasuk tiga juta isi rumah yang akan mengisi maklumat bancian menerusi kaedah e-Census.

Pelaksanaan Banci 2020 yang melibatkan 32.7 juta penduduk Malaysia akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 Julai sehingga 30 September 2020, menerusi e-Census, manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan kaedah temu ramah bersemuka.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Banci 1960 (pindaan 2006) sekiranya seseorang yang dibanci enggan menjawab dengan benar, memberikan jawapan palsu, menyerahkan pernyataan atau penyata palsu dan mengabaikan peraturan di bawah akta itu.

Sabit kesalahan di bawah akta berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Panduan e-census

Akta Banci 1960 (pindaan 2006)

Seksyen 19 di bawah Akta Banci 1960 (Disemak -1969) memperuntukkan mana-mana maklumat individu tidak boleh didedahkan. Hanya data berbentuk agregat sahaja akan diterbitkan.

Namun, sila pastikan pembanci yang mengumpul maklumat adalah pemegang kad pengenalan pembanci.

CARA MENGISI e-CENSUS DALAM TALIAN

1. e-Census (dengan Invitation Code)

  • Klik untuk Pendaftaran Kali Pertama; https://ecensus.mycensus.gov.my/sign-up

e-Census Invitation Code

Kod jemputan (Invitation code).

Sila isi:

  • Nama penuh.
  • Emel.
  • No Telefon bimbit.
  • Isikan nombor kod jemputan anda (seperti tertera di kad yang diberikan pembanci).
  • Klik daftar.

Pendaftaran e-census

2. Sila memasukkan nombor OTP yang diterima melalui EMEL dan klik Teruskan.

OTP E-CENSUS

3. Pengesahan Maklumat

Pengesahan maklumat


  • Sila klik Pengesahan Maklumat untuk mula menjawab.
  • Pilih jenis nombor kad pengenalan.
  • Klik Seterusnya bagi setiap seksyen. Jawapan tidak akan disimpan jika tidak klik butang Seterusnya.

4. Butir-butir Isi Rumah

Isi rumah e-Census


  • Sila isi bilangan ahli isi rumah dan klik Kemaskini untuk menambah atau mengurangkan bilangan ahli isi rumah.
  • Klik ikon tong sampah untuk ‘membuang’ ahli isi rumah.

5. Panduan menjawab SEKSYEN E sehingga SEKSYEN I.

Keperluan untuk menjawab Seksyen E hingga Seksyen I adalah berbeza mengikut umur:

  • Seksyen E: Perseorangan (perlu dijawab oleh semua Ahli Isi Rumah).
  • Seksyen F: Kesihatan dan Kecergasan (bagi Ahli Isi Rumah 10 tahun dan ke atas).
  • Seksyen G: Hubungan Sosial (bagi Ahli Isi Rumah 15 tahun dan ke atas).
  • Seksyen H: Perumahan (bagi Ahli Isi Rumah 21 tahun dan ke atas).
  • Seksyen I: Warga Emas (bagi Ahli Isi Rumah 60 tahun dan ke atas).

6. PENGHANTARAN

  • Klik Seterusnya bagi setiap seksyen. Jawapan tidak akan disimpan jika tidak klik butang Seterusnya.
  • Klik Sahkan setelah menjawab semua soalan.
  • Mengaku bahawa semua jawapan yang diisi adalah benar dan klik Sahkan.
  • Anda tidak boleh memasuki portal e-Census selepas mengesahkan e-Census.
  • Anda akan mendapat emel yang mengesahkan bahawa telah menjawab e-Census dan mengandungi PDF ringkasan jawapan.

Selesai.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pusat bantuan e-Census Jabatan Perangkaan Malaysia di talian 1-800-88-7720 atau menerusi laman web ecensus.mycensus.gov.my dan www.mycensus.gov.my/ untuk membantu anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

  • Apa Itu e-Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020?
  • 10 Kawasan Setinggan Paling Padat Di Dunia

-Sentiasapanas.com

All copyrights for this article are reserved to Sentiasa Panas