SYDNEY – Gara-gara pembelian panik yang sedang melanda Australia, sebuah keluarga telah tersilap membeli 48 kotak tisu tandas.sajagempak.com - Order 48 Gulung Tisu Tandas, Sekali Datang 48 Kotak Ke Rumah, Cukup Untuk 12 Tahun!

Susulan daripada kesilapan itu, keluarga terdiri daripada enam beranak dari Toowoomba tersebut memutuskan untuk membina tembok dan ‘takhta’ dengan bekalan tisu tandas yang didakwa mencukupi untuk tempoh 12 tahun itu.


Chris, 35, dan Haidee Janetzki, 33, mendakwa mereka terkejut selepas menerima penghantaran tisu tandas tersebut.

sajagempak.com - Order 48 Gulung Tisu Tandas, Sekali Datang 48 Kotak Ke Rumah, Cukup Untuk 12 Tahun!

“Kami sepatutnya membeli 48 gulung tisu tandas, namun, kami mendapat 2,306 gulung tisu tandas dengan harga AS$3,260 (RM13,600) kerana kesilapan sendiri,” ujar Haidee.

sajagempak.com - Order 48 Gulung Tisu Tandas, Sekali Datang 48 Kotak Ke Rumah, Cukup Untuk 12 Tahun!

Wanita itu juga tidak menyangka kesilapan mereka turut menjadi tular di media sosial.

“Orang ramai tidak percaya dengan perkara ini. Kami sendiri tidak menyemak bayaran yang telah dibuat menerusi kad kredit.

sajagempak.com - Order 48 Gulung Tisu Tandas, Sekali Datang 48 Kotak Ke Rumah, Cukup Untuk 12 Tahun!

Syarikat terbabit ada membuat tawaran untuk mengembalikan semula wang kami dan mengambil semula baki kotak sepatutnya. Tetapi, kami sudah mula menjual tisu tandas tersebut,” katanya lagi. – Agensi

Sumber: Sinar Harian




All copyrights for this article are reserved to SajaGempak