Bermula 9 Januari 2020 nanti, pihak Netflix akan menyemak semula harga langganan bulanan untuk pengguna mereka.

Untuk harga pelan Basic, ia akan dinaikkan dari RM33 ke RM35, pelan Standard dari RM42 ke RM45, dan pelan Premium dari RM51 ke RM55.

Menariknya hanya pelan mudah alih sahaja yang tidak berubah iaitu kekal pada RM17 sebulan.

Menurut Leigh Wong, Ketua Komunikasi untuk Netflix Asia Tenggara, ini merupakan kali pertama Netflix meningkatkan harga langganan sejak Netflix mula diperkenalkan di Malaysia pada Januari 2016 lalu.

Dengan perubahan harga tersebut, ia membolehkan Netflix terus memfokuskan kepada pengalaman menonton untuk pengguna yang lebih baik.

Mengikut laporan The Star, pengguna sedia ada akan dimaklumkan dengan perubahan harga itu bermula 9 Januari. Pengguna juga akan diberi tempoh makluman 1 bulan tentang harga baharu itu.

Perubahan harga ini adalah seiring dengan pengumuman cukai digital yang dikenakan pada perkhidmatan atas talian yang akan berkuatkuasa secara efektif bermula 1 Januari 2020 nanti.

Sumber: The Star

All copyrights for this article are reserved to Cukai Digital