Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menantikan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Pastinya, pakej yang diumumkan sebentar sahaja tadi akan memanfaatkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang tidak disangka.

Berikut adalah senarai ringkas kandungan dalam pakej PRIHATIN untuk anda.

SENARAI KANDUNGAN DALAM PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

1.500 juta untuk Kementeria Kesihatan Malaysia untuk tingkatkan keupayaan

2.Dana Khas RM8 Juta -tanggung kos ujian saringan RM300

3.Penangguhan bayaran premium selama 3 bulan- kepada pencarum insurans yang terjejas

  1. Tingkatkan elaun petugas khas dari RM400 ke RM600 sebulan sehingga wabak berakhir

  2. Elaun khas RM200 sebulan untuk ATM, PDRM,Kastam, Imigresen, RELA

  3. Bantuan Prihatin Nasional- bayaran tunai one off dan pertama kali disalurkan kepada golongan M40 dan kebawah. Jumlah bayaran RMC1600 kepada isi rumah (4000 kebawah). Bayaran pada bulan April RM 1000, RM 600 bulan Mei.

  • RM 1000 (pendapatan lebih RM4000- RM 8000). Bayaran bulan April RM500, Mei RM 500
  • RM 800 (bujang berusia 21 keatas dan pendapatan RM 2000 ke bawah) RM 500 April, RM 300 bulan Mei
  • RM 500 (individu bujang 21 keatas pendapatan lebih RM 2000- RM 4000) RM 250 April, RM 250 Mei
  • Baki tunai BSH- dibayar julai
  1. Pelajar di IPT  dapat bayaran sebanyak RM 200 secara one off

  2. Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal dapat bantuan makanan, kesihatan dan tempat perlindungan

  3. PTPTN tangguh pempayaran, memberikan penangguhan PTPK mulai 1 april hingga 30 sept

  4. MySalam pula memanjangkan manfaat kepada golongan b40 yang dikuarantin.

  5. Pengeluaran pra-persaraan sehingga jumlah RM 1500 tanpa cukai dari April ke Disember.

  6. Memanjangkan pengecualian bayaran sewa PPR kepada enam bulan, ditanggung sepenuh oleh kerajaan dari April – September. Bagi perumahan awam, DBKL memberi pengecualian.

  7. Pengecualian sewa untuk premis kerajaan seperti kafeteria, bangunan kedai.

  8. 15 peratus bil elektrik perlancongan, 2 peratus kepada lain lain- Tambahan, diskaun berperingkat antara 15-50 peratus bil elektrik.

  9. Internet percuma kepada semua pelanggan dari April hingga PKP tamat.

  10. Penjawat awam dapat bantuan tunai RM 500 secara one off untuk Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.

17.Pesara kerajaan- bantuan RM 500 one off

18.RM 1 billion untuk dana makanan.

  1. 100 Juta untuk kemudahan infrasturktur. Dana khas untuk perladangan kawasan dan pertanian kawasan.

  2. Program subsidi upah- Bantu majikan kekalkan pekerja- Upah RM 600 sebulan untuk tempoh 3 bulan. Khusus untuk mereka pendapatan bawah RM 4000 dan majikan yang mengalami penurunan 50 peratus.

  3. Pemandu E-hailing dapat bantuan one off RM 500.

  4. Pemandu taxi dapat bantuan RM 600 one off

  5. Pekerja kontrak – Kerajaan akan bayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor. Panjangkan tempoh kontrak selama sebulan.

  1. Industri kecil dan sederhana- Tambah dana dalam kemudahan khas, kadar faedah akan dikurangkan- Kerajaan akan tingkatkan saiz dana kepada 6.8 billion semua sektor ekonomi untuk tingkatkan akses PKS.
  • Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan,Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%
  • Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
  • Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha 14 taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
  • Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

25. Pertama: KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

26. Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.

27. Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

  1. Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

29.Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama. Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.

30.Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan 18 yang bersedia untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman sektor korporat bersesuaian dengan prestasi perniagaan mereka.

31. Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan.

32. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau