Dalam industri Malaysia kini makin ramai selebriti memberanikan diri keluar dari kepompong selesa mereka.

Sebagai contoh, ada penyanyi memberanikan diri berlakon, ada pelakon beralih kepada menyanyi atau mengacara termasuk menceburi bidang perniagaan.

Begitu jugalah dengan bintang yang semakin meningkat naik, Janna Nick. Mula dikenali sebagai pelakon, Janna bijak menggunakan populariti yang dimilikinya dengan menceburi bidang nyanyian.

Namun apabila menggerakkan karier lakonan dan nyanyian dalam satu masa, pasti akan ada yang bertanya mana satu yang menjadi fokus utama mereka.

“Kalau boleh saya mahu gerakkan kedua-duanya seiring. Lakonan memang jiwa sebenar saya tapi nyanyian pun saya minat.

Baru-baru ini, artis versatil Janna Nick telah memuatnaik satu rakaman video di laman Instagram miliknya.

Video nyanyiannya itu telah mendapat perhatian peminat dan telah meraih hampir 500 ribu tanda suka serta ribuan komen. Menerusi video yang dikongsi, Janna dilihat sedang melakukan sound check untuk persembahannya dan menyanyikan lagu terhangat sekarang, Dance Monkey.

Rata-rata peminat memuji persembahan dan suaranya yang mantap. Malah, peminat juga turut terpegun dengan bakat yang dimiliki oleh bintang drama Leftenan Zana itu.

“Omg, so sedap your voice! Love it!”

“Good luck for your performance, see ya at nest year”

Antara Cover Lagu ‘Dance Monkey’ daripada artis Malaysia.

Haa mana yang sedap??

Sumber: Instagram Janna Nick/ LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

All copyrights for this article are reserved to Selebriti