Jika anda jemu dengan cuaca panas dan hiruk pikuk ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands. Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang nyaman dan pemandangan yang menakjubkan.

Lokasi Menarik Dilawati di Cameron Highlands

Tambahan pula, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati yang menjadikan ia destinasi yang popular samaada pelancong tempatan mahupun luar negara.

Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highlands, dibawah saya telah himpunkan beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati semasa berada di sana nanti.

Ladang Teh Boh Sungai Palas

Ladang Teh Boh Sungai Palas yang terletak di Sungei Palas, Cameron Highland yang dimiliki oleh BOH Plantations Sdn Bhd merupakan sebuah pusat yang dibina bagi membolehkan pelancong menikmati sendiri suasana berada di ladang teh sambil menikmati pemandangan yang cantik di sini.

Di BOH Tea Centre Sungei Palas terdapat Tea’ria dimana pelancong boleh menikmati makanan dan minuman yang berlatar belakangkan ladang teh yang menghijau.

Selain itu, terdapat juga pusat pameran yang memaparkan sejarah ladang teh boh di Cameron Highland serta kedai cenderamata dan teh untuk pengunjung membeli untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Kea Farm

Kea Farm atau lebih dikenali dengan pasar jualan macam-macam benda. Kea Farm adalah daerah pertanian di Cameron Highland. Ciri utamanya adalah pasar sayuran di sepanjang jalan utama – destinasi membeli belah pada hujung minggu.

Terdapat pelbagai jenis benda yang ada di sini seperti teh, coklat, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok kaktus, kordial, bunga dan bermacam-macam lagi. Memang rambang mata jika anda berkunjung ke sini.


Lavender Garden

Lavender Garden, namun begitu, tidak seperti namanya, taman ini bukan sahaja mempunyai lavender malah terdapat juga pelbagai spesis bunga lain dan buah strawberi.

Taman ini tidaklah sebesar mana, tetapi jika anda bernasib baik datang pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini.

Bagi orang yang gila akan gambar yang cantik dan menarik, ini adalah tempatnya. Terdapat laman landskap yang cantik untuk bergambar.

Tidak lupa juga, anda boleh merasai ais krim lavender. Terdapat juga kedai cenderamata di sini untuk anda membeli dan sebagai kenang-kenangan.

Big Red Strawberry Farm

Juga dikenali sebagai Taman Agro Pelancongan Cameron Highland. Dikatakan tempat tanaman strawberry terbesar di Cameron Highland, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tenpat anda melihat tanaman strawberry sambil merasai hidangan berasaskan buah berkenaan.

Anda wajib berkunjung ke sini untuk merasai sendiri berada di tempat tanaman buah strawberry. Pakai lah kasut yang sesuai untuk ke sini kerana taman ini agak besar untuk diterokai.

Cactus Valley

Cactus Valley adalah salah satu destinasi pelancongan terbesar dan paling popular yang terletak di sini. Lembah ini memiliki satu tanaman kaktus yang paling banyak, ada yang berumur 60 tahun.

Lembah Kaktus juga mempunyai pelbagai jenis tanaman dan dedaunan yang paling komprehensif termasuk bunga mawar, calla lily impatiens, bird of paradise dan lain-lain lagi. Terdapat pokok epal, tanaman buah markisa juga ditanam di sini.

Sebilangan besar tanaman membentuk koleksi yang mengagumkan. Terdapat juga bahagian runcit. Sebilangan spesis ditanam di dalam pasu. Stawberry, tomato dan sayur-sayuran juga ditanam di sekitarnya.Cuti hujung minggu bersama keluarga di Cameron Highlands pasti menjadi sesuatu yang indah bagi semua orang terutama ahli keluarga anda. Tunggu apa lagi? Jom la melancong ke Cameron Highlands!

The post Lokasi Menarik Dilawati di Cameron Highlands appeared first on TripJalan.

All copyrights for this article are reserved to TripJalan