Padah meminta sedekah seraya mengacukan pistol mainan, seorang kanak-kanak palauh lelaki bersama 14 individu lain ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.sajagempak.com - Kanak-kanak Minta Sedekah Dengan Mengacu Pistol Mainan Ditahan Polis bersama 14 orang Lain

Mereka ditahan dalam operasi cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana kira-kira pukul 10.36 pagi Rabu.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, bertindak atas gambar yang tular di media sosial seorang kanak-kanak palauh tidak berbaju memegang pistol mainan ketika meminta sedekah, pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu pergi ke lokasi.

Kesemua 15 yang ditahan itu berusia antara enam bulan hingga 31 tahun.

sajagempak.com - Kanak-kanak Minta Sedekah Dengan Mengacu Pistol Mainan Ditahan Polis bersama 14 orang Lain

“Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Daripada kesemua tahanan itu, 11 daripadanya adalah kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

sajagempak.com - Kanak-kanak Minta Sedekah Dengan Mengacu Pistol Mainan Ditahan Polis bersama 14 orang Lain

Menurut Nasri, siasatan polis mendapati senjata yang dipegang kanak-kanak itu ketika meminta sedekah merupakan pistol mainan yang diberi ibunya untuk bermain dengan kanak-kanak lain.

sajagempak.com - Kanak-kanak Minta Sedekah Dengan Mengacu Pistol Mainan Ditahan Polis bersama 14 orang Lain

“Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sumber: Astro Awani




All copyrights for this article are reserved to SajaGempak