Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan yang berkahwin. Semestinya si ibu akan sentiasa menjaga kandungannya dengan baik. Walaubagaimana pun, ketentuan ajal adalah di luar kawalan mereka. Begitu juga si ibu ini dimana beliau berkongsi detik pahit kehilangan anaknya 3 hari sebelum dilahirkan.

SEGALA PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KELAHIRAN TELAH DIBUAT

Sakitnya bila kena berpantang sorang-sorang tanpa anak syurga umi disisi. Kuat kan diri ini ya Allah. Selalunya tengok orang lain yang di uji. Tapi kali ni tak sangka Allah uji diri ini.

Segala persiapan dah dibuat untuk menyambut kehadiran anak umi. Umi tak sabar sangat nak jumpa, nak peluk cium adik. 5 tahun umi tunggu adik. Tapi Allah pinjamkan adik 9 bulan sahaja di rahim umi. Hanya badan kaku tak bernyawa yang umi sambut. Cantik sangat adik, bibir masih merah,kulit seputih salju kemerahan. Masya Allah. Sakit melahirkan adik tidak sesakit melihat adik diam kaku tidak bergerak.

BAHAGIA BILA DAPAT TAHU HAMIL

Umi bahagia sangat bila dapat tau umi mengandung. Segala persiapan ibarat menyambut anak sulung, teruja sangat-sangat. Umi tak sangka sebab adik sihat-sihat saja dalam perut umi, setiap hari aktif bergerak, lagi 3 hari je nk due, adik pergi meninggalkan umi.

Menangis kakak aisya dan abang akiff bila tau adik yang selalu tendang-tendang di perut umi, sudah tak bergerak lagi. Menangis-nangis depa suruh umi hidupkan balik adik. Allahh. Umi tak kuat. Umi redha tapi umi rindu.

Allah lebih sayangkan adik. Umi dah cuba buat yang terbaik untuk adik. Tapi umi tau, walaupun sebanyak mana umi sayangkan adik, tapi Allah lebih sayangkan adik. Berlari-lari lah sayang di syurga bersama kakak adik yang umi keguguran dulu. Dua anak syurga umi sedang menanti umi disana.

TIBA-TIBA BAYI DALAM PERUT TAK BERGERAK

Semoga asbab pemergian adik dan kakak, dapat menarik umi dan abi kesyurga. Terima kasih buat yang mendoakan, yang mesej, pm dan w.app. Maaf saya tak kuat nk balas semuanya. Hanya mampu membaca.

Untuk yang bertanya. Anak syurga saya meninggal di dalam perut pada hari jumaat 21/02/2020. Tiada sakit apa-apa. Selepas solat zohor, tiba-tiba baby tak bergerak. Bila terus ke klinik, doctor sahkan jantung baby dah stop.Sepatutnya due 24/02/2020.

JANGAN PAKSA DIRI

Buat ibu-ibu diluar sana, pesanan saya, pantaula pergerakan baby betul-betul. Jangan terlalu stress, jangan push diri buat kerja walaupun kita mampu. Sebab kita tak tau keadaan baby di dalam, bila kita tak larat akan beri kesan pada baby jugak di dalam. Buat yang termampu sahaja. Selebihnya serahkan pada suami.

Pada 22/02/2020,saya selamat melahirkan anak syurga ini secara normal dengan berat 3.4kg dan diberi nama Muhammad Ammar bin Aliff Haikal.Mudah sangat melahirkan adik.Bila pergi hospital untuk induce, doctor cek laluan dulu, alhamdulillah dah ada bukaan 4cm tanpa sakit apa-apa masa ni. Doctor pecahkan air ketuban, lepas tu terus sakit. Sakit yang tak sampai sejam, terus adik selamat dilahirkan. Terima kasih Allah sebab permudahkan.

BERPANTANG TANPA ANAK DISISI

Al fatihah buat anak-anak syurga yang lain. Doakan saya semoga kuat untuk menempuh ujian dari Allah, doakan saya kuat menempuh setiap hari berpantang tanpa anak disisi. Doakan saya kuat.. Itu saja yang saya harapkan dari semua sekarang ni.

Saya tak meratapi. Tapi izinkan saya untuk meluah. Hanya ini dapat menenangkan rasa sarat rindu buat anak syurga umi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Umi redha walaupun pahit untuk telan. rindu yang sakit, tiada penghujungnya. Penantian yang perit untuk dilalui. Umi simpan kenangan disini. Al- FATIHAH buat anak-anak syurga umi. Muhammad Ammar 22/02/2020. Nur Ameena 12/09/2018.

Sumber: Sofea Shafie

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau