Dikatakan mampu memperoleh sehingga RM1,000 sehari, lelaki ‘spiderman’ Melaka ini akhirnya tumpas di tangan polis.sajagempak.com - Jana RM1,000 Sehari, Lelaki 'Spideman' Melaka Akhirnya Tumpas

Seorang lelaki yang memakai pakaian superhero Spiderman akhirnya ditangkap oleh Jabatan Imigresen Negeri Melaka.

Menurut Timbalan Presiden Kelab Perniagaan Pelancongan Melaka, Dennis Samford, lelaki itu sebenarnya warga Bangladesh dan menjual barangan dan sengaja memakai pakaian Spiderman untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

“Warga asing ini ini membuat wang dengan cepat dengan cara menjual gambar yang dirakam bersama kepada pelancong di destinasi popular ini.

sajagempak.com - Jana RM1,000 Sehari, Lelaki 'Spideman' Melaka Akhirnya TumpasMelaka

“Difahamkan dia sebelum ini mempunyai majikan, tetapi kini sudah bergerak sendiri.

“Lelaki itu akan pergi ke tempat tumpuan pelancong untuk mencari kanak-kanak dan dia hanya berada di sesuatu tempat dalam tempoh singkat,”

“Mereka mendapat RM5 hingga RM10 setiap gambar dan boleh menjana RM1,000 sehari pada masa puncak,” – Dennis Samford.

Menerusi laman Facebook Malaysian Crime Watch – MyWatch, gambar pegawai imigresen yang menahan seorang lelaki Bangladesh berpakaian superhero Spiderman di Bandar Hilir semalam.

sajagempak.com - Jana RM1,000 Sehari, Lelaki 'Spideman' Melaka Akhirnya Tumpas

Lelaki ‘Spiderman; tersebut dicekup pada jam 4.20 petang ketika menanti pelancong untuk bergambar bersamanya.

Dennis Samford menjelaskan lagi, warga asing itu menggunakan visa pelancong untuk berniaga dan menjual barangan di lokasi popular negeri Melaka.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati dia turut membawa salinan dokumen palsu. Lelaki ‘Spiderman’ tersebut ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1958/63.

Spiderman kena tangkap oleh Imigresen Melaka. Di sebalik topeng rupanya warga Bangladesh yg masuk ke sini guna pas pelancong. Pandai cari makan, sekali tangkap gambar dengan dia kena cas RM5-RM10.

Dikirim oleh Malaysian Crime Watch – MyWatch pada Minggu, 14 Juli 2019

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau