Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan. Televisyen pendidikan ini akan disiarkan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.

SIARAN TV PENDIDIKAN KEMBALI MENEMUI PELAJAR

Bakal disiarkan menerusi TV Okey RTM bermula 6 April 2020 ini selama dua jam setiap hari sepanjang tempoh PKP. Jadi buat adik-adik, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti subjek-subjek pembelajaran melalui TV ini.

Info lanjut berkaitan jadual rancangan boleh didapati di laman sesawang www.moe.gov.my atau di semua platform media sosial FB, Twitter dan IG @KemPendidikan

TAHUN 5

TAHUN 6

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

                                                                                                                    
                                        
                                                                                                <p><img src="https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/12/siraplimau-logo-transp-bg.png"></img></p>
                                        
                                    
                                                                                
                                                                                                                    






All copyrights for this article are reserved to SirapLimau