Ibu Berpantang Terjun Tingkap Setinggi 3 Meter Demi Selamatkan Bayi Perempuan| IBU yang masih berpantang terpaksa terjun dari tingkap rumah setinggi kira-kira tiga meter demi menyelamat bayi perempuan yang berusia dua minggu dalam kebakaran membabitkan tiga kediaman di Kampung Sembulan Baru, Kota Kinabalu, malam tadi.teamnetizen.com - Ibu Berpantang Terjun Tingkap Setinggi 3 Meter Demi Selamatkan Bayi Perempuan

Dalam kejadian 11.30 malam itu, Nurshafieka Rahim, 23, yang melahirkan anak sulungnya terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Nurshafieka berkata, ketika kejadian dia dan bayinya sedang tidur manakala suami tiada di rumah kerana keluar bekerja.

“Saya masuk tidur pada jam 7 malam tapi terbangun kerana terhidu bau asap dan terdengar jeritan kakak mengatakan ada api.

teamnetizen.com - Ibu Berpantang Terjun Tingkap Setinggi 3 Meter Demi Selamatkan Bayi Perempuan

“Saya terkejut tiba-tiba api sudah ada di hadapan pintu bilik dan saya terpaksa keluar dari tingkap bilik sambil memeluk erat bayi sebelum terjun ke arah tong air dan seterusnya melompat terus ke tanah,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Sembulan, hari ini.

Katanya, dia berbuat demikian demi menyelamatkan diri dan bayinya kerana keadaan ketika itu sudah terlalu genting.

“Mujur saya dan bayi tidak mengalami kecederaan selepas melompat dari tingkap bilik.

teamnetizen.com - Ibu Berpantang Terjun Tingkap Setinggi 3 Meter Demi Selamatkan Bayi Perempuan

“Cuma bayi saya mungkin sedikit terkejut dan menangis namun semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Elnah Ukan, 60, berkata, mereka tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan barangan di rumah dalam dan terpaksa menanggung kerugian lebih RM500 selepas persiapan barang persekolahan lima cucunya musnah.

“Pakaian dan peralatan sekolah lima cucu saya yang akan memulakan persekolahan minggu hadapan sudah disediakan sejak kelmarin.

teamnetizen.com - Ibu Berpantang Terjun Tingkap Setinggi 3 Meter Demi Selamatkan Bayi Perempuan

“Tetapi semuanya tidak sempat diselamatkan dan musnah terbakar dalam kejadian semalam,” katanya.

Elnah berkata lagi, mujur semua ahli keluarganya seramai 18 orang terselamat di dalam kejadian itu dan kini mereka semua ditempatkan di dewan itu buat sementara waktu.

Sumber: Harian Metro

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau