Didik anak menulis dan pegang pensel tidak semudah yang disangka. Kalau tak kena cara dengan anak, mereka akan hilang minat dan lebih mudah putus asa. Jadi pakar ini kongsi cara berkesan dengan hanya biarkan anak koyak kertas bukan sahaja asah penggunaan jari, malah boleh membantu mengajar mereka kekal fokus.

KEBOLEHAN JARI-JEMARI MELAKUKAN TUGAS

Malam ni buat training untuk Zayyan. Zayyan baru 4 tahun, jadi nak bagi Fine Manipulation Zayyan good dan ready untuk aktiviti menulis dan mewarna yang baik. Fine Manipulation ni bahasa Medical, maksudnya kebolehan jari-jemari kita untuk melakukan tugas yang agak rumit dengan mudah. Contohnya kebolehan anak-anak menulis, menggunting, menggunakan pisau, mewarna, butangkan baju, dan melakukan aktiviti seharian.

Kalau Fine Manipulation Poor pula maksudnya jari-jemari agak keras untuk melakukan aktiviti yang memerlukan skill dan penggunaan jari yang agak teliti. Fine Manipulation Good atau Poor ini bukan kira umur tau. Bukan kanak-kanak sahaja yang kami buat penilaian. Semua peringkat umur. Kadang-kadang pesakit yang terkena stroke pun ada yang Fine Manipulation Poor.

GUNA TRIPOD POSITION (3 JARI UNTUK MENULIS)

Aktiviti malam ini adalah aktiviti Mengoyak Kertas jadi kecil-kecil. Kalau nak jimat buat kertas recycle la. Haha.. Tak pun pakai kertas surat khabar je. Mula-mula agak susah nak buat. Sebab Zayyan cepat nak marah. Ahahaha. Alhamdulillah daripada dia kepal-kepal kertas akhirnya berjaya mengoyak kertas menggunakan tripod position (3 Jari digunakan. Macam posisi 3 jari untuk menulis).

So kawan-kawan,Kalau ada anak-anak atau anak-anak buah yang baru start pra-sekolah tu, boleh cuba aktiviti ini kerap-kerap. Sangat membantu.

AKTIVITI KOYAK KERTAS GUNA 3 JARI

1.Menguatkan tripod position untuk memegang pencil.

2.Menguatkan Fine Manipulation.

3.Persediaan untuk aktiviti menggunting.

4.Meningkatkan Frustration Tolerance (Kebolehan untuk kawal kekecewaan. Bahasa mudah, tingkatkan kesabaran).

5.Meningkatkan Sitting Tolerance. (Kebolehan untuk duduk lama dalam menyiapkan tugasan. Penting tau untuk anak-anak duduk lama dan fokus dalam kelas).

6.Meningkatkan fokus.

7.Memperbaiki eye contact.

8.Sosial Skill Training (Buat dengan adik-beradik. Hingaq macam pesta).

*Video anak sulung saya buat aktiviti Mengoyak Kertas. Tu teknik yang betul.

Sumber: Norzi Malek

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau