Tindakan adik Allahyarham Abam iaitu Ali Puteh memuat naik status berbaur hinaan kepada balu abangnya iaitu Noor Hidayah Mohd Ali tanpa berfikir panjang menimbulkan kemarahan netizen di laman sosial.sajagempak.com - ‘Haritu Minta Kunci Kereta Nak Bawa Anak Ke Klinik Tapi Pihak Sana Tak Bagi..Sekarang Saya Tiada Apa-apa”- Luah Balu Abam Bocey

Ali tidak dapat menahan kemarahannya apabila video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Shukri yang menemuramah Hidayah secara langsung di Facebook dengan pertanyaan berunsur provokasi berkaitan harta peninggalan Abam.


Menerusi dua video berkenaan, Aliff pada awalnya bertanya tentang perancangan Hidayah untuk meneruskan kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.

Kemudian pembantu Aliff yang berada di sebelahnya bertanya tentang khabar bahawa kereta yang sering digunakan Hidayah telah ditarik oleh pihak keluarga Abam sehingga mereka terpaksa mengunakan khidmat grab.

sajagempak.com - ‘Haritu Minta Kunci Kereta Nak Bawa Anak Ke Klinik Tapi Pihak Sana Tak Bagi..Sekarang Saya Tiada Apa-apa”- Luah Balu Abam Bocey

Antara soalan yang diajukan Aliff dan pembantunya kepada Hidayah:

“Sebelum ini Hidayah suri rumah dan apa perancangan selepas ini?” soal Aliff.

“Selepas ini saya uruskan bisnes bapa saya,” jawab Hidayah.

“Saya dengar kereta akak kena tarik bagaimana akak nak uruskan bisnes tu? Boleh akak ceritakan sikit?” soal pembantu Aliff.

“Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi…” jawab Hidayah.

sajagempak.com - ‘Haritu Minta Kunci Kereta Nak Bawa Anak Ke Klinik Tapi Pihak Sana Tak Bagi..Sekarang Saya Tiada Apa-apa”- Luah Balu Abam Bocey

“Khabarnya arwah seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya?” tanya Aliff.

“Saya tak tahu belah sana uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja,” ujarnya.

Pendedahahan menerusi video tersebut menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang beranggapan nasib isteri dan anak Allahyarham tidak terbela.

sajagempak.com - ‘Haritu Minta Kunci Kereta Nak Bawa Anak Ke Klinik Tapi Pihak Sana Tak Bagi..Sekarang Saya Tiada Apa-apa”- Luah Balu Abam Bocey

Malah, status Ali yang mengecam tindakan kakak iparnya itu menerusi status berbunyi “bila balu arwah Abam berhati binatang” menimbulkan lagi kemarahan netizen.

Bagaimanapun, Ali bertindak memadam status tersebut atas nasihat rakan-rakan artis.

Rata-rata netizen berpendapat Ali tidak sepatutnya berkata begitu terhadap kakak iparnya itu.

“Apa pun Ali tidak patut post tentang isteri arwah berhati binatang, itu kesilapan besar… kasihan arwah. “Kami semua sayang keluarga Abam, semoga masalah ini dapat diselesaikan secara bijak jangan kongsi di media sosial,” ujar netizen.

Bagaimanapun, menerusi komen tersebut, Ali berkata dia akan menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

sajagempak.com - ‘Haritu Minta Kunci Kereta Nak Bawa Anak Ke Klinik Tapi Pihak Sana Tak Bagi..Sekarang Saya Tiada Apa-apa”- Luah Balu Abam Bocey

“Nanti saya akan beritahu kenapa saya berkata begitu, InsyaAllah ada kebenaran di situ, doakan saya hamba Allah yang hina ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Ali mencabar Aliff untuk bersemuka dengan dia dan keluarganya selepas video tersebut viral dan menerima kecaman netizen. Abam menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, Selangor selepas mengalami demam panas berpanjangan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Sumber: mStar




All copyrights for this article are reserved to SajaGempak