Selari dengan perkembangan teknologi khususnya melibatkan sistem pembayaran menggunakan cashless payment atau e-wallet, pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan sistem canggih tersebut. Terbaharu, salah sebuah sekolah integrasi iaitu SK Taman Warisan Puteri, Seremban sudah memperkenalkan sistem bayaran secara cashless hanya menggunakan imbasan thumb print.

Bukan sahaja mengejutkan ramai orang, malah sistem canggih ini turut memudahkan anak-anak dan ibu bapa juga supaya boleh memantau pembelanjaan mereka secara dalam talian.

SISTEM CASHLESS CANTEEN, MEMANG HEBAT!

Camnilah cashless canteen system yang kami bangunkan bersama rakan developer untuk sebuah sekolah tahfiz integrasi. InsyaAllah mudah, cepat, tepat dan selamat.

Parents boleh topup prepaid account secara online. Nak check balance dan nak tahu apa yang anak-anak beli di kantin pun boleh buat secara online. Versi seterusnya, parents juga boleh set had perbelanjaan harian/mingguan/bulanan. Nak kami modernise kantin sekolah anda? Sebelum hujung tahun nanti jemputlah kami bid tender operator kantin sekolah anda hehehe….

Hanya guna ‘thumb print’ untuk scan pembayaran

Apa yang anda dapat lihat melalui video adalah sistem pembayarannya hanya menggunakan imbasan ibu jari. Hal ini berlaku dimana had perbelanjaan setiap pelajar sudah ditentukan dan dibayar oleh ibu bapa terlebih dahulu. Dengan cara ini, ibu bapa masih boleh mengawal perbelanjaan anak masing-masing.

Berdasarkan perkongsian ini, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang menyokong dengan mengatakan sistem sebegini mampu untuk mengurangkan kes buli di sekolah kerana anak-anak tidak membawa duit saku. Kerisauan untuk wang saku anak-anak hilang pun berkurangan.

*Seronok kalau zaman sekolah dulu ada kantin macam ni. Tak berat duit syiling. Tahniah SK Taman Warisan Puteri!

Sumber : Mohd Nabhan, SK Taman Warisan Puteri

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau