“Alamak.. tak ingat lah mana letak resipi nasi ayam yang dah salin hari tu…”

Kadang-kadang bila ternampak resipi yang menarik di laman sosial mesti ramai kaum wanita yang akan sedaya upaya simpan dengan cara menyalin atau ‘screenshot’. Tapi selalunya resipi yang disimpan tu hilang entah ke mana. Jadi, wanita ini kongsi cara simpan resipi dengan lebih sistematik dan praktikal, tak hilang dah.

INSTALL SAJA APLIKASI NI

“For beginner yang tak pandai masak atau pengantin baru yang malu nak masuk dapur (macam akak laaa walaupun pengantin lama) Nak kelek buku resipi macam zaman dulu-dulu malu la kan. Nanti orang tahu kita tak pandai masak. Zaman dah maju. Install jer EASY MENU PLANNER. Search resipi dalam facebook, copy paste sap sap soiii siap. Selamat memasak.”

BANYAK PILIHAN FUNGSI

Pastikan install aplikasi easy menu planner.. Banyak pilihan yang ada dalam aplikasi ini..

BOLEH LIST MACAM-MACAM RESIPI

Di dalam option dishes, anda boleh listkan macam-macam jenis masakan. Ni contoh resipi masakan yang telah disimpan. Anda boleh masakan sedap-sedap. Senang kan? tak perlu nak selak buku resipi dah.

Hanya ‘copy&paste’ resipi yang ingin disimpan. Siapp! Tak perlu risau resipi hilang atau penat-penat buka buku resipi.

Sumber: Wan Norazila Sulaiman

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau