Seperti negara maju di Korea, China atau dalam filem yang kita tonton, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif hasil usahasama dengan Sarawak Multimedia Authority dengan memperkenalkan Digital Tracking untuk mana-mana individu yang disyaki dan telah diarahkan untuk menjalani ‘Self Quarantine’ di rumah.

Menurut The Borneo Post, mana-mana individu yang menaiki kapal terbang dan mendarat di Sarawak akan diberikan tag tersebut. Mereka perlu mengikuti arahan yang telah disertakan bersama Health Alert Card. (Sebelum Arahan dikuarantin di Pusat Kuarantin pada April 2020).

Bagaimana Gelang Digital Ini Berfungsi?

  1. Individu perlu menggunakan Tag tersebut selama tempoh kuarantin.

  2. Di tag tersebut terdapat barcode untuk mereka scan dan mereka perlu memuatnaik aplikasi yang berkaitan untuk melaporkan keberadaan mereka.

  3. GPS perlu diaktifkan semasa log in ke aplikasi tersebut.

  4. Individu tersebut dikehendaki melaporkan status setiap hari jam 8.00pagi dan 8.00 malam sehinggalah 14hari.

  5. Turut dinyatakan dalam pamplet tersebut hukuman yang akan diberikan jika mereka ingkar dengan arahan tersebut.

  6. Tag ini hanya boleh ditanggal dan diserahkan semula ke Pusat Saringan untuk disahkan bebas daripada tempoh kuarantin.

2 Kategori Dihasilkan Oleh Sarawak Multimedia Authority

Sebagai tambahan, gelang tangan digital ini direkacipta oleh Sarawak Multimedia Authority yang merupakan antara agensi Kerajaan Sarawak.

Gelang tangan digital ini mempunyai dua kategori iaitu kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital.

Ia akan memudahkan pihak berkuasa Sarawak untuk mengetahui dimanakah keberadaan mereka sepanjang di dalam tempoh kuarantin dilakukan.

Gelang tangan digital ini juga akan diberikan kepada mana-mana rakyat Sarawak yang pulang dari luar Sarawak kerana arahan telah diberikan kepada mereka untuk dikuarantin di rumah selama 14 hari.

Sarawak merupakan negeri pertama di dalam Malaysia yang menggunakannya setakat ini.

Wah, canggih kan? Tak sangka di Malaysia pun dah ada teknologi begini. Dah macam yang kita tengok dalam filem tu.

Satu usaha yang baik untuk rakyat Malaysia agar sama-sama dapat menangani wabak COVID-19.

Apapun, teruskan duduk di rumah ok!

*Kredit gambar / info :  Borneo Post, Metro Training Centre, Sarawak Disaster Information

                                                                                                                    
                                        
                                                                                                <p><img src="https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/12/siraplimau-logo-transp-bg.png"></img></p>
                                        
                                    
                                                                                
                                                                                                                    






All copyrights for this article are reserved to SirapLimau