Perlumbaan Formula Satu yang tidak lagi menggunakan gadis litar sebagai penyeri di sisi pelumba sejak awal musim pantas digantikan oleh kehadiran model peragaan penaja pada saingan di Grand Prix Monaco, pada pertengahan Mei 2018 lalu.

Gadis litar Tak Seksi

Perlumbaan GP Monaco menyaksikan model lelaki dan wanita yang mewakili jam tangan jenama Tag Heuer dibariskan di sisi 20 pemandu seperti peranan yang pernah dilakukan oleh gadis litar sejak sekian lama.

Selain memegang nombor kereta setiap pelumba, kehadiran mereka bakal menceriakan lagi suasana di litar itu dengan membawa iPads untuk merakam gambar dan terus dimuat naik ke laman sosial selain berinteraksi secara langsung dengan penonton.

Penganjur juga menampilkan ‘Kanak-Kanak Grid’ yang juga dikenali sebagai bintang masa depan bersama dengan kumpulan model peragaan jenama jam berkenaan.

Seorang jurucakap penganjur juga mengesahkan pihaknya tidak akan menggunakan semula gadis litar seperti dipsertujui oleh pemegang hak cipta perlumbaan berkenaan.

Menurutnya, lima perlumbaan yang sudah berlangsung menggunakan model peragaan jenama berkenaan termasuk deretan pramugari syarikat penerbangan Gulf Air dan Emirates di GP Bahrain dan GP Sepanyol.

“Kehadiran mereka tidak sama dengan peranan ‘gadis litar’. Model jelita ini bukan lagi sebahagian daripada sukan Formula Satu ini,” katanya.

Perubahan yang dilakukan itu turut mendapat reaksi kalangan pelumba yang bertanyakan soalan pada sidang media sama ada benar gadis litar di GP Monaco akan dikembalikan seperti sedia kala.

“Anda tidak akan nampak sebarang perubahan. Apabila mereka tiada lagi, saya fikir ia lebih elok kerana tidak sesuai untuk wanita abad ke-21 ini hanya diberi peranan memegang nombor pelumba,” kata pelumba Perancis, Romain Grosjean.

Pelumba Mercedes yang juga juara dunia, Lewis Hamilton berkata, “Pada setiap perlumbaan mereka akan berdiri di depan kereta dan pada perlumbaan terdahulu, ia kadang kala menimbulkan pelbagai perasaan.

“Saya fikir Monaco adalah Grand Prix yang sangat mewah dan saya tidak tahu apa perasaan kaum wanita mengenainya.

“Di litar Monaco ini dulunya pasti akan ada deretan gadis jelita di atas trek dan ia satu perkara yang sangat menarik, tetapi saya fikir tidak perlu lagi kita meneruskannya ataupun terus memaksa mereka tampil dalam keadaan tidak selesa di litar.

Pada Februari 2018 lalu, Pengarah Urusan Komersil Formula Satu, Sean Bratches ketika mengumumkan ketiadaan ‘gadis litar’ mulai musim ini berkata bahawa amalan itu ‘kelihatan aneh dengan norma kehidupan wanita moden zaman ini’.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

  • Anda Pernah Dengar Perlumbaan Formula E?
  • Nak Tukar Minyak Engine Bugatti Veyron, Sediakan RM80K!

sumber: hmetro

All copyrights for this article are reserved to Sentiasa Panas