Teringin nak pergi ke luar negara tapi hasrat belum tercapai? jangan risau dalam Malaysia pon banyak tempat ala-ala oversea yang belum anda ‘explore’ tau. Dibawah adalah senarai tempat menarik yang rupanya berada di Malaysia tau!

Destinasi Menarik di Malaysia, Ala-ala Luar Negara

Sebenarnya memang banyak tempat menarik dalam Malaysia, cuma kurang mendapat perhatian atau cuma biasa-biasa sahaja di mata kita. Tak perlu melancong ke luar negara pun. Semua nya ada disini. Ini lah masanya untuk kita bersama membantu industri pelancongan di dalam negara dan seterusnya mempromosikan kepada pelancong luar negara.

1. WIND PARADISE,KUNDASANG SABAH

Pasti ramai yang belum tahu tempat penginapan berciri unik seperti ‘Mongolian Yurl’ yang unik rupanya terletak di Kundasang, Sabah kira-kira 9KM dari Taman Kinabalu mempunyai pemandangan yang menarik sekitar Kundasang dan Gunung Kinabalu.

2. DESA DAIRY FARM, SABAH


Alang-alang anda sudah berkunjung ke Sabah, apa kata anda datang ke Desa Dairy Farm yang memberi anda suasana seakan-akan berada di New Zealand.

Nikmati pemandangan indah dan cuaca sejuk di kaki gunung Kinabalu. Desa dairy Farm ini terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang Sabah kira-kira 100KM dari Kota Kinabalu.

3. EAGLE RANCH RESORT,NEGERI SEMBILAN


Untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman seperti berada di perkampungan ‘Cowboy’ dan ‘Red Indian’ anda boleh datang ke Eagle Ranch Resort yang terletak di Negeri Sembilan.

Terdapat pelbagai aktiviti untuk mereka yang suka cabaran juga turut disediakan di Eagle Ranch Resort ini.

4. JAPANESE VILLAGE, PAHANG


Ade yang teringin untuk berkunjung ke Negara Jepun tapi masih belum kesampaian? jangan risau anda hanya perlu datang ke Japanese Village yang terletak di Pahang, Malaysia!

Rasai pengalaman yang akan menjadi memori indah anda dengan keindahan berada di perkampungan Jepun tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

5. COLMAR TROPICALE, PAHANG


Destinasi kali ini memang cukup terkenal di Malaysia dengan perkampungan bertema ala Perancis yang mendapatkan ilham dari Colmar Village Alsace, Perancis.

Tempat ini memang sangat terkenal untuk mereka yang suka bergambar ala-ala berada di perkampungan Perancis. Colmar Tropicale terletak di Bukit Tinggi, Pahang.

6.MASBO VILLAGE, MELAKA

Pasti ramai yang sudah tahu atau banyak melihat destinasi kali ini yang memang terkenal dengan keunikan tersendiri. Rumah berbentuk segitiga dengan cat luaran berwarna-warni beserta kolam renang ini menjadi tarikan untuk mereka yang memang suka bergambar. Lokasi ini juga amat sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga.

Tunggu apa lagi? Ajak keluarga dan sahabat anda untuk melancong ke tempat yang menarik ini dan bersama kita memajukan industri pelancongan didalam negara kita. Malaysia Boleh!

The post Destinasi Menarik di Malaysia, Ala-ala Luar Negara appeared first on TripJalan.

All copyrights for this article are reserved to TripJalan