Siapa sahaja yang tidak mengimpikan tubuh yang langsing serta sistem badan yang sihat bukan? Bukan sahaja bagi golongan wanita, tubuh yang sihat serta ‘slim’ ini turut menjadi idaman golongan lelaki. Namun, agak sukar untuk golongan lelaki mengawal pengambilan makanan berbanding golongan wanita yang lebih teratur dalam mengikut jadual.

Jadi, apa yang menariknya perkongsian ini adalah si isteri menyediakan pelbagai menu bekal untuk suami turunkan berat badan ‘maintain’ dari tahun 2019 sehingga kini. Gembiranya hati suami dan isteri apabila berjaya menurunkan berat sehingga dari saiz  XL ke S!

MENU DIET SUAMI HILANG 20KG, DARI SAIZ XL KE S

Setelah berjaya membantu suami saya lost 20kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020. Ini antara menu bekal suami isteri.. saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare..

ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak)

Nasi tu nampak putih je, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak makan letak budu. Letak sikit tak ada masalah. Asalkan ada rasa. Ni selera orang kampung. Kang kata eat clean org kata salah pulak sebab makan budu. Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tp tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula). Kena juga bersenam utk badan fit… baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus…

1. Nasi putih, ayam goreng, ulam pegaga

2. Nasi putih, ulam pucuk paku dicelur, ikan goreng

3.Nasi putih, ulam pegaga, ayam goreng

4. Nasi putih, ulam kacang botol, ayam goreng

  1. Nasi putih, telur rebus, ayam goreng, kacang botol

  1. Nasi putih, ikan goreng, pucuk ubi dicelur

  1. Nasi putih, ayam penyet, kerabu daun pudina

  1. Nasi putih, ikan rebus air asam, ulam raja

  1. Nasi putih cili, daun pegaga, ayam goreng

  1. Nasi putih cili, ikan goreng, pucuk ubi dicelur

  1. Nasi putih, kerabu daun pudina, ikan rebus

  1. Nasi putih, ulam, telur rebus

  1. Nasi putih, sambal cili tumbuk, ulam pegaga, ikan rebus

  1. Nasi putih, ayam goreng, cili tumbuk, bayam dicelur

  1. Nasi putih, peria yang direbus, ikan rebus

  1. Nasi putih, ulam raja, cili tumbuk

  1. Nasi putih, petai, sambal tempoyak dan ayam goreng

*Selamat mencuba!

Sumber : Darina Sekeri

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau