Sony Interactive Entertainment (SIE) baru-baru ini telah mengumumkan pelarasan harga bagi produk-produk jualan di dalam PlayStation Store Malaysia. Pelarasan ini dilakukan seiring dengan pelaksanaan Cukai Digital sebanyak 6 peratus yang dikenakan terhadap penyedia kandungan luar negara bermula 1 Januari 2020.

Cukai tersebut bakal dikenakan terhadap seluruh kandungan yang boleh dibeli dan juga perkhidmatan langganan di PlayStation Store Malaysia bermula dari jam 8 pagi waktu Malaysia. Bagaimanapun, harga sebenar yang telah dikemaskini akan mula dipaparkan dari 4 hingga 6 Januari 2020.

Oleh yang demikian, pengguna mungkin bakal melihat perbezaan pada harga yang tertera dengan harga yang dikenakan sewaktu proses pembayaran. Apa yang pengguna perlu ambil perhatian adalah harga keseluruhan sewaktu sebelum pembayaran akan dibuat.

Pihak Sony Interactive Entertainment (SIE) bagaimanapun memaklumkan tiada sebarang perubahan harga pada perkhidmatan PlayStation Plus buat masa ini. Pada masa yang sama juga, SST tidak dikenakan terhadap jumlah nilai isian semula dompet digital pengguna PlayStation Store.

Bertabahlah wahai pemain-pemain game sekalian dalam menghadapi tahun 2020 nanti.

Sumber berita diperoleh dari PlayStation Asia

All copyrights for this article are reserved to Cukai Digital