Tinggal beberapa hari sahaja lagi Cukai Digital 6 peratus terhadap syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan dan kandungan dalam talian dari luar negara mula dilaksanakan. Bagaimanapun, setakat ini tidak banyak syarikat yang memaklumkan tentang pelaksanaan cukai ini secara umum dan ada sesetengahnya sekadar di dalam dokumentasi.

Misalnya penyedia perkhidmatan edaran kandungan digital yang popular dari syarikat Valve, Steam menyatakan tentang pelaksanaan cukai ini bagi pengguna di Malaysia melalui bahagian FAQ Percukaian.

Berdasarkan kenyataan tersebut, akan mula mematuhi pelaksanaan cukai berkenaan bermula pada 1 Januari 2020. Di dalam bahagian yang sama, Valve turut menyatakan pembayaran cukai akan diserahkan kepada pihak berkuasa secara berkala.

Pelaksanaan sistem cukai ini bagaimanapun masih lagi belum diketahui bakal menaikkan harga jualan produk-produk di dalam Steam bagi pengguna di Malaysia. Apa pun yang akan berlaku, para pengguna diingatkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kenaikan harga barangan di dalam pasaran.

Sumber berita diperoleh dari Steamworks

All copyrights for this article are reserved to Cukai Digital