Umat Islam di seluruh negara hari ini diminta mengadakan Solat Hajat serentak selepas solat Zohor di kediaman masing-masing untuk kesejahteraan rakyat dalam menghadapi situasi getir penularan Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, solat Hajat itu ditetapkan hari ini, selepas beliau menerima titah dari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT ZOHOR

Menurut beliau, berdasarkan taakulan dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat hari ini selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing. Beliau menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk menyahut titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan solat Hajat serentak di seluruh negara tengah hari ini.

Apa yang and aperlu lakukan adalah dengan solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing, selepas itu sambung dengan solat Hajat dan penuhi hari Jumaat ini dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah jua kita berserah.

TATACARA SOLAT HAJAT TOLAK PENULARAN COVID-19

NIAT : Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

BACAAN RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi 1X

BACAAN RAKAAT KEDUA : Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3X

BACAAN SUJUD TERAKHIR : لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (dibaca dalam bilangan ganjil seperti 11 kali atau 21 kali)

-La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin-

“Ya Allah, Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Tuhan. Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku termasuk golongan orang yang zalim”

*Ayuh ramai ramai kita tunaikan solat hajat ini di rumah memohon keampunan dan mohon supaya penularan wabak ini semakin reda sebelum menjelang Ramadan. Amin.

Sumber : Berita Harian

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau