PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa beliau mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan bagaimana dan bila mahu membuka semula ekonomi negara itu selepas beberapa minggu melaksanakan perintah kawalan pergerakan untuk membendung penularan COVID-19.

Trump bagaimanapun tidak memaklumkan secara spesifik bidang kuasa yang dimaklumkan, namun mendakwa walapun terdapat batasan dari segi perlembagaan, kuasa masih pada beliau.

“Apabila seseorang itu adalah Presiden Amerika Syarikat, dia mempunyai kuasa mutlak dan kesemua Gabenor mengetahui tentang perkata itu,” katanya pada sidang media di White House pada Isnin.

Dakwaan tersebut menyusul selepas pemerintah Demokratik di negeri-negeri Timur dan Pantai Barat negara itu menyelarasakan usaha mereka untuk menarik semula perintah duduk di rumah dan membuka semula pernigaan mereka berdasarkan jadual yang ditetapkan.

Gabenor dari parti Demokratik mahupun Republikan mendakwa mereka bertanggungjawab untuk melindungi orang awam di negeri-negeri mereka dan akan membuat keputusan sama ada ia selamat untuk menarik semula perintah kawalan pergerakan di negeri mereka.

Sebelum ini pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di negara itu yang merangkumi penjarakan sosial dan mengenakan sekatan luar negara akan berkakhir 30 April ini.

BACA: COVID-19: Kematian meningkat 118,623 hingga Selasa

Untuk rekod, perlembagaan negara itu meletakkan tanggungjawab kesihatan dan keselamatan orang awam kepada pegawai negeri dan pihak berkuasa.

Setakat Selasa, negara itu mencatatkan 554,684 kes positif COVID-19 dengan 23,608 kematian.

All copyrights for this article are reserved to Astro Awani