DEWAN di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) diubahsuai untuk dijadikan pusat kuarantin dan rawatan bagi persediaan menampung pesakit Covid-19.

Dewan Hall A Maeps boleh memenuhi kapasiti 400 katil dan Hall B sebanyak 200 katil pada satu masa yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, persiapan untuk pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 sementara itu dilakukan walaupun ketika ini kapasiti hospital sedia adalah mencukupi untuk menempatkan pesakit dijangkiti virus pandemik berkenaan.

“Kita jangkakan pertengahan April akan ada kes (positif Covid-19) yang mendadak.

“Pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 sementara di Maeps dijangka siap petang esok,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • All copyrights for this article are reserved to covid19