TUJUH kes kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan itu di Malaysia adalah sebanyak 34 kes.

“Bilangan kes baharu positif Covid-19 sebanyak 150 dan keseluruhan kes 2,470.

“Ketika ini, 73 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 52 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19. FOTO MOHD FADLI HAMZAHDr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19. FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Beliau berkata, bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital seramai 68 pesakit.

“Paling tinggi setakat ini. Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 388 orang,” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini.

1) Kes kematian ke-28 (kes ke-2,321)

• Wanita tempatan berusia 91 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Wanita ini dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada 26 Mac dan meninggal dunia 28 Mac, 8.48 pagi.

2) Kes kematian ke-29 (kes ke-2,123)

• Wanita tempatan berusia 64 tahun dengan latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.

• Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 10.15 malam.

3) Kes kematian ke-30 (kes ke-2,322)

• Lelaki tempatan berusia 76 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Dirawat di PPUM dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 11.33 malam.

4) Kes kematian ke-31 (kes ke-2,323)

• Lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Dirawat di PPUM pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia 28 Mac, 7.44 malam.

5) Kes kematian ke-32 (kes ke-1,239)

• Lelaki tempatan berusia 50 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi.

• Lelaki ini adalah peserta perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

• Dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac, 7.44 malam.

6) Kes kematian ke-33 (kes ke-1,249)

• Lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke India.

• Dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 11.25 malam.

7) Kes kematian ke-34 (kes ke-787)

• Lelaki tempatan berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

• Dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan disahkan meninggal 29 Mac, 10.40 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • All copyrights for this article are reserved to SirapLimau