
CARA PERMOHONAN i-SINAR KWSP (APPLICATION ONLINE, PENGELUARAN 10K)
Bermula tahun depan pencarun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenarkan mengeluarkan simpanan Akuan 1 mereka melalui i-Sinar. Pencarum EPF kini boleh keluarkan RM500 setiap bulan mulai tahun hadapan. Berikut merupakan cara PERMOHONAN i-SINAR KWSP untuk mohon keluar duit EPF secara online menggunakan i-Akaun.
Pengeluaran KWSP Akaun 1 ini di bawah jenis permohonan pengeluaran i-SINAR.
Ahli KWSP boleh membuat semakan penyata KWSP terlebih dahulu untuk mengetahui baki amaun caruman yang terdapat dalam Akaun 1 yang boleh dikeluarkan.
APA ITU i-SINAR KWSP?
Permohonan pengeluaran Akaun 1 di bawah i-SINAR KWSP boleh dibuat mulai 21 Disember 2020.
Bagi memudahkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP, permohonan boleh dibuat melalui atas talian.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 setiap bulan, untuk tempoh 12 bulan. Namun ia bergantung kepada syarat-syarat yang akan diumukan pada 18 November 2020.
Bayaran akan dibuat bermula bulan Januari 2021.
CARA PERMOHONAN i-SINAR KWSP
Berikut merupakan CONTOH untuk memohon menggunakan i-Akaun secara online:
- Untuk menggunakan kemudahan KWSP secara online,pastikan anda sudah mendaftar i-Akaun KWSP
- Sila login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna dan kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik pada menu Pengeluaran di bahagian atas portal i-Akaun
- Sekarang anda berada di dalam bahagian e-Pengeluaran
- Sila Klik pada butang Permohonan Baru
- Pilih Jenis Pengeluaran i-SINAR
- Akan keluar beberapa pesanan mengenai NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN.
- Setela selesai baca dan faham, klik OK
- Klik Seterusnya
MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN i-SINAR KWSP
Antara CONTOH maklumat permohonan pengeluaran i-SINAR seperti berikut :
- Jenis Pengeluaran,Amaun Dimohon,Butiran Akaun Bank,Nama Bank,Nombor Akauin Simpanan / Semasa
PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP
- Sila buat semakan maklumat pengeluaran seperti Nama,No Pengenalan Diri,Alamat Surat Menyurat,Telefon Bimbit,E-mel, Maklumat Pengeluaran
PERAKUAN /PENGESAHAN
- Tanda pada “Saya dengan ini mengesahkan bahasa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma dan Syarat”
- Sekiranya semua maklumat sudah disemak dan diperakui betul, klik Permohonan TAC. Sila masukan nombor TAC
- Klik HANTAR (permohonan pengeluaran i-SINAR KWSP selesai)
PENGELUARAN DUIT KWSP i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP
Kebiasaanya KWSP akan lancarkan portal khas untuk membantu ahli membuat pengeluaran duit KWSP secara online bagi pencarum yang tidak mempunyai i-AKAUN KWSP.
Kami akan kemaskini cara pengeluaran duit KWSP i-SINAR melalui portal i-SINAR setelah dimaklumkan oleh KWSP.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, anda boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:
Telefon: 03-8922 6000
Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Laman Portal Rasmi KWSP