Selain di kaunter-kaunter Tabung Haji dan UTC, mungkin ada yang belum tahu bahawa kita juga boleh melakukan transaksi Tabung Haji di kaunter-kaunter Uniteller, Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM) dan Perbankan Internet rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.

Mudah sangat nak berurusan, terutamanya bagi yang malas nak keluar jauh-jauh dan beratur lama-lama di kaunter ketika musim PKP ni kan?

Jadi anda bolehlah ikut langkah di bawah untuk mengetahui langkah pengaktifan atau cara link akaun Tabung Haji dengan kad ATM bank masing-masing.

Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB

Cara-cara untuk pengaktifan (link) kad ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB dengan Akaun Tabung Haji (TH) melalui mesin ATM seperti berikut :

  • Pilih menu “Tabung Haji”
  • Pilih menu “Daftar / Link Akaun Tabung Haji”
  • Masukkan maklumat-maklumat yang diminta:
  • Nombor Akaun TH
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Selesai

*Pengaktifan (link) kad ATM perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membolehkan pendeposit menggunakan perkhidmatan TH melalui ATM, CDM dan Perbankan Internet Rakan Strategik TH.

Sila rujuk grafik step-by-step untuk langkah pengaktifan / cara link akaun Tabung Haji dengan kad ATM bagi bank-bank tersebut di bawah ini :

i) Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Islam

Kad ATM Bank Islam anda telahpun boleh dihubungkan dengan akaun Tabung Haji.

Teruskan transaksi yang diinginkan.

ii) Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Rakyat

Kad ATM Bank Rakyat anda telahpun boleh dihubungkan dengan akaun Tabung Haji.

Teruskan transaksi yang diinginkan.

iii) Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Kad ATM Maybank

Kad ATM Maybank anda telahpun boleh dihubungkan dengan akaun Tabung Haji.

Teruskan transaksi yang diinginkan.

iv) Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Kad ATM CIMB

Kad ATM CIMB anda telahpun boleh dihubungkan dengan akaun Tabung Haji.

Teruskan transaksi yang diinginkan.

Jenis Transaksi Yang Ditawarkan

Selain membuat urusan pengeluaran dan semakan baki melalui ATM, ada banyak lagi jenis transaksi yang boleh dilakukan sama ada melalui online banking, Cash Deposit Machine atau kaunter bank.

*Sila rujuk gambar di bawah.

cara link kad atm dengan akaun tabung haji

Untuk makluman, urusan pengeluaran TH melalui ATM Rakan Strategik TH adalah dikecualikan daripada caj ATM RM1.00 bermula 6 April 2020 sehingga tamat tempoh PKP. Caj yang dikenakan sepanjang tempoh PKP ini, akan dikembalikan selepas PKP tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan cara link akaun tabung haji dengan kad ATM, sila rujuk laman web rasmi Tabung Haji di sini : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/rakan-strategik-th

Anda akan mendapat maklumat lanjut tentang rakan strategik Tabung Haji dan cara membuat transaksi, urusniaga yang ditawarkan serta lain-lain perkhidmatan yang boleh dilakukan sama ada di kaunter bank tersebut, ATM, atau secara perbankan online.

Tabung Haji juga telah mempunyai perbankan online sendiri iaitu THiJARI yang boleh diakses oleh pelanggan. Nak tahu lebih lanjut, sila rujuk artikel ini : Senang Nak Semak Baki & Transfer Duit. Ini Cara Daftar Akaun Tabung Haji Online Guna THiJARI

Lawati juga Facebook Rasmi Tabung Haji di Official : Lembaga Tabung Haji











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau