“Bosan dah asyik makan popia biasa je..nak try buat popia lain pulak lah…”

Popia merupakan juadah ringan yang sering menjadi kegilaan ramai tidak kira untuk sarapan, makan tengahari, minum petang mahupun malam. Terdapat beberapa variasi popia dari popia basah, popia goreng dan popia manis. Jika anda pernah berkunjung ke negara Thailand, pasti anda pernah rasa pancake pisang manis yang menjadi kegilaan ramai. Sebenarnya anda boleh olah cara pancake tersebut dan menjadikan ia sebagai popia pisang manis. Mesti anak-anak suka!

CARA BUAT POPIA PISANG MANIS

  1. Pisang dibelah dua.

  1. Letakkan di atas kulit popia dan taburkan sedikit gula.

  1. Balut seperti balutan popia.

  1. Dah siap untuk digoreng!

  1. Dah siap! Boleh makan panas-panas.

Sumber: Femmy Jussip

All copyrights for this article are reserved to SirapLimau