Berbakti kepada ibu dan ayah merupakan amanah yang telah ditentukan kepada anak-anak. Manakan tidak, tanpa ibu dan ayah tiadalah kita lahir di dunia. Begitu juga dengan kisah yang pernah dikongsikan di laman media sosial dimana wanita ini kongsikan kisah kehilangan ibu tercinta yang mengundang sebak netizen.

Kali ini, dia turut berkongsikan kisah dimana ingin menyambut hari jadi ayahnya pula. Apa yang menyebabkan ramai orang tersentuh adalah tanpa pengetahuan, ayahnya sendiri turut menghias hadiah yang sepatutnya diberikan kepada dirinya sendiri.

“NAK BAGI DEKAT AYAH TAPI TUAN HADIAH DOK HIAS SENDIRI”

Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sbb dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon. Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada.

Salah satu kebahagiaaan dunia bila dapat bahagiakan mak ayah. Mak dah takde. Tinggal yang ni sorang je yang masih lagi boleh dihargai. Semoga panjang umur ayah. Semoga panjang umur. Tak minta banyak pun. Semoga terus panjang umur ayah. Bagilah masa utk anak anak terus berbakti.

Sumber: Salwani











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau