Siapa sahaja yang tidak terpalit dengan viralnya biskut Lotus Biscoof yang boleh dibuat hidangan pencuci mulut yang pelbagai bukan? Bukan sekadar biskut, Lotus Biscoof menjadi pilihan peminat bakeri untuk mempelbagaikan bahan ini sehinggalah ada yang menjadikannya dalam bentuk ais krim.

Walaupun di luar negara sudah terdapat ais krim yang mempunyai perisa biskut viral ini, namun di pasaran Malaysia masih belum ada. Jadi, inilah masanya untuk anda mencuba sendiri menggunakan biskut Lotus ini dijadikan ais krim sebagai menu pencuci mulut. Nampak menarik!

RESEPI LOTUS BISCOFF ICE CREAM

Wanita ini kongsikan resepi Lotus Biscoff Ice Cream yang ternyata akan menjadi kegemaran orang ramai. Mempunyai rasa yang lemak berkrimm pastinya aiskrim ini akan licin dalam sekelip mata sahaja!

Bahan-bahan

  1. Whipping cream – 2 cawan

  2. Susu pekat manis – 3/4 cawan

  3. Lotus Biscoff Biscuit – 14 keping- (Hancurkan kasar2 je)

Cara-Caranya

  1. Putar whipping cream sampai jadi kental

  2. Masukkan susu pekat manis, gaul rata

  3. Masukkan lotus biscoff biscuit (yg dah dipecahkan)

  4. Masukkan dalam tupperware, bekukan semalaman.

Siap!

*Boleh cuba ya semua. Sedap!

Sumber: RareKabus











All copyrights for this article are reserved to SirapLimau