BEKALAN makanan adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu membuat pembelian panik.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan oleh jawatankuasa khas memantau bekalan makanan yang dibentangkan semalam memberi jaminan kepada kerajaan bahawa bekalan mencukupi.

“Rakyat tidak perlu bimbang sehingga membuat pembelian panik. Tinjauan yang dilakukan oleh jawatankuasa khas di 27 pasar raya mendapati bekalan makanan asas masih boleh diperoleh dengan mudah.

“Tidak timbul isu bahawa bekalan makanan tidak mencukupi kerana tinjauan dibuat, (bekalan makanan) masih lagi boleh didapati dengan mudah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pasar raya mulai patuh kepada arahan penjarakan sosial dengan mengehadkan bilangan pelanggan yang mahu membuat pembelian pada satu masa.

“Banyak pasar raya membuat peraturan untuk mengehadkan jumlah kemasukan (pelanggan).

“Terima kasih juga kepada rakyat kita yang mematuhi perintah ini dengan menjarakkan diri dengan orang lain,” katanya.

PEKERJA menghantar bekalan beras ke kedai runcit di Pekan Jitra Lama bagi memastikan bekalan mencukupi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan Covid-19. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan stok beras di pasaran tempatan adalah mencukupi dan rakyat tidak perlu membuat pembelian panik walaupun tempoh PKP di lanjutkan. FOTO Amran HamidPEKERJA menghantar bekalan beras ke kedai runcit di Pekan Jitra Lama bagi memastikan bekalan mencukupi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan Covid-19. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan stok beras di pasaran tempatan adalah mencukupi dan rakyat tidak perlu membuat pembelian panik walaupun tempoh PKP di lanjutkan. FOTO Amran Hamid

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • All copyrights for this article are reserved to covid19