‘Banyaknya Bagasi! Habis Semua Benda Dia Sumbat, Siap Panggil Lori!’ – ‘Maid’ Kantoi Cuba Mencuri Barangan Di Rumah Majikan. Sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang majikan berjaya menangkap seorang pembantu rumahnya yang kantoi cuba membawa lari barang-barang milik keluarga majikannya di dalam banyak bagasi.sajagempak.com - 'Banyaknya Bagasi! Habis Semua Benda Dia Sumbat, Siap Panggil Lori!' - 'Maid' Kantoi Cuba Mencuri Barangan Di Rumah Majikan

Dikatakan pembantu rumah tersebut telah merancang untuk melarikan barang-barang tersebut dengan menggunakan lori bersama-sama rakan-rakannya.


Namun begitu nasib majikannya itu baik kerana beliau sempat balik ke rumah dan melihat bagasi-bagasi yang disumbat dengan harta bendanya oleh pembantu rumah berkenaan.

sajagempak.com - 'Banyaknya Bagasi! Habis Semua Benda Dia Sumbat, Siap Panggil Lori!' - 'Maid' Kantoi Cuba Mencuri Barangan Di Rumah Majikan

Video yang dikongsikan di laman Twitter terbabit menunjukkan keadaan di rumah majikan ini yang dipenuhi dengan bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari. Apabila diperiksa, semua bagasi itu disumbat dengan barang-barang milik majikan dan keluarga.

sajagempak.com - 'Banyaknya Bagasi! Habis Semua Benda Dia Sumbat, Siap Panggil Lori!' - 'Maid' Kantoi Cuba Mencuri Barangan Di Rumah Majikan

Pada awal video, majikan tersebut telah menyuruh pembantu rumahnya itu membuka semua bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari itu malah turut memberitahu bahawa mereka akan membuat laporan polis dan meminta agar pembantu rumah itu ditahan oleh pihak berkuasa.

sajagempak.com - 'Banyaknya Bagasi! Habis Semua Benda Dia Sumbat, Siap Panggil Lori!' - 'Maid' Kantoi Cuba Mencuri Barangan Di Rumah Majikan

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka dengan tindakan kejam pembantu rumah itu kerana jika dilihat pada barang-barang yang cuba dibawa lari tersebut menunjukkan hampir kesemua isi rumah ingin dicurinya memandangkan dia dan rakannya menggunakan lori untuk mengangkut semua barang.

VIDEO:


Rumah member..maid plan nk bawak lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan2 dia..nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia

All copyrights for this article are reserved to SajaGempak